Semalam penulis ke Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India. Ketika penulis sedang memilih barang-barang yang hendak dibeli, penulis ternanpak pelbagai jenis kasut sekolah. Apa yang menarik perhatian penulis, kasut jenis plastik turut dijual di pasaraya ini. Kasut sekolah jenis plastik ini yang mengingatkan kembali penulis pada zaman kanak-kanak.
Pasaraya Mydin di Jalan Masjid India. |
Sesiapa yang segenerasi dengan penulis, sudah tentu masih mengingati memori di zaman sekolah rendah dahulu. Ketika itu, ada sejenis kasut sekolah plastik yang tidak mudah koyak dan tahan lasak. Kasut ini tidak perlu di basuh selalu serta tidak perlu dikapur. Kadang-kadang sehingga sebulan kasut ini tidak di basuh sehingga warna kasut ini telah bertukar dari warna putih ke warna coklat kehitam-hitaman.
Kasut sekolah plastik yang di jual di pasaraya Mydin. |
Di zaman penulis bersekolah rendah, penulis pun merasa juga memakai kasut jenis plastik ini. Maklumlah, keluarga penulis bukannya keluarga yang senang dan tidak pula keluarga yang terlalu susah. Keluarga penulis adalah keluarga petani yang mengusahakan sawah padi yang teramatlah bersederhana dalam pelbagai segi. Kasut sekolah jenis plastik ini sudah menjadi perkara biasa bagi penulis dan rakan-rakan sekampung yang lain..
SK. Parit13, penulis bersekolah rendah di sini. |
Kasut jenis plastik ini tahan lasak kerana tidak mudah koyak. Kasut jenis ini dibuat dengan plastik keseluruhnya. Cuma, apabila penulis berjalan kaki pergi dan balik dari sekolah, di jalan bertanah merah menyebabkan kaki penulis menjadi kotor kerana disaluti dengan debu-debu tanah merah. Apabila musim hujan pula, air akan masuk ke dalam kasut dan memberikan bunyi menciut - ciut, agak sukar hendak berjalan di tanah yang becak kerana tapak kasut telah dilekati dengan lumpur tanah merah. Setibanya di sekolah kami ramai-ramai membuang lumpur tanah tersebut dengan ranting kayu..... Ahhh kenangan sungguh...
Semasa penulis tingkatam 1 hingga 3, penulis pakai kasut jenis ini. |
Kenangan yang sukar penulis hendak lupakan sewaktu di darjah 4 (1979). Ketika itu penulis mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Oleh kerana kasut sekolah penulis telah teruk sangat, arwah ayah belikan sepasang kasut sekolah plastik yang baharu. Malangnya arwah ayah belikan kasut plastik yang design nya berbentuk kasut murid perempuan. Kasut sekolah yang berbentuk tajam dihadapannya. Oleh kerana kasut lama penulis sudah buruk dan koyak rabak pula, penulis terpaksa juga pakai kasut tersebut. Akibatnya, disepanjang rombongan itu penulis ditertawakan rakan-rakan sekolah.
Semasa penulis tingkatan 4, penulis pakai kasut jenama Warrior. |
Apbila penulis memasuki ke sekolah menengah, penulis bersyukur kerana sudah mula memakai kasut kain kanvas. Kasut sekolah jenis kanvas ini boleh dibasuh dan dikapur. Kasut sekolah akan putih melepak pada setiap hari Isnin. Sungguh berasa bangga apabila beratur di perhimpunan pagi. Jenama kasut sekolah yang popular ketika itu ialah Fung Keong dan Bata. Apabila penulis di tingkatan 4 dan 5, penulis diberi kebebasan membeli sendiri kasut yang penulis gemari. Lagipun penulis sangat mengidamkan kasut sekolah yang sangat popular sahaja ketika itu. Jenama kasut tersebut ialah Warrior yang berharga RM15 sepasang. Jika ada sesiapa murid yang memakai kasut berjenama Warrior, sudah di kira hebat dan cool giler!...
Kini, anak penulis memakai kasut sekolah jenama ini yang berharga RM35 sepasang. |
Kini, ada ibu bapa yang sanggup membelikan kasut sekolah untuk anak mereka yang berharga sepasang melebihi RM200. Penulis cuba membayangkan jenama jenis apakah kasut sekolah itu. Sudah hampir sama dengan harga kasut jenis Adidas yang penulis sedang pakai. Tetapi tidak mengapalah, keluarga murid itu mampu membeli dan anak mereka pandai belajar pula. Bertuah betul anak anak dizaman sekarang. Ibu bapa berabis duit untuk anak sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan