Selasa, 6 Oktober 2009

Indonesia Serang Malaysia 8 Oktober 2009?

4 Oktober 2009, akhbar The Star melaporkan bahawa kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) Indonesia akan menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009. [Sumber].

Ini turut diakui oleh berita TV3 pada hari yang sama.

Di dalam berita TV3 itu, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa turut dibodohkan. BENDERA ini adalah kumpulan yang sama yang telah gagal melakukan sweeping warga Malaysia di Jakarta pada bulan lepas.

Menurut akhbar The Star lagi, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Mereka kononnya telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia yang terdiri daripada pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula.

Akhbar The Star juga menyebut pada 8 Oktober ini, 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal dan tidak lut ditikam atau ditembak akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo. Lihat gambar latihan mereka yang begitu primitif dan melucukan ini.


Yang pasti, mereka menggunakan ilmu mistik. Janganlah kita menjadi seperti sebahagian rakyat Indonesia yang mengikut jejak syaitan dan menggunakan ilmu hitam seperti gambar di atas. Hanya kepada Allah kita berdoa dan berlindung.

Yang peliknya, adakah kumpulan BENDERA ini menyangka negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang? Satu peringatan wahai BENDERA, undang-undang ISA sedang menunggu kalian.

Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang dan guna senjata kalian untuk mengorek tanah bagi mencari mayat-mayat saudara kalian yang kian reput.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini turut dibantu pasukan penyelamat termasuk Malaysia.