Jumaat, 2 Oktober 2009

Jamuan Raya Department Aku...

Alhamdulillah, apa yang AJK Badan Keluarga department penulis rancangkan semuanya berjalan lancar!

Penat memang penat. Kami terpaksa berkejar ke sana ke mari, membantu rakan-rakan apa yang patut. Tepat pukul 10.30 pagi, majlis harus bermula. Kami tidak boleh delay lebih lama sebab penulis dan rakan-rakan lelaki yang lain akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Antara makanan yang dihidangkan.

Chef Matun sedang menyediakan koktel.

Waktu penulis sampai pagi tadi, penulis terkejut apabila melihat satu tupperware berbungkus terletak diatas meja. Bila diamati, rupanya ada makanan di dalamnya. Penulispun buka dan memeriksa apakah isi kandungnya, “Wahh... nasi impit dan kuah lodeh rupanya!” . Semestinya, cuma seorang sahaja yang akan memasak dan membawa nasi impit berserta kuah lodeh ini. Siapa lagi kalau one of my sister di dalam department kami ini.

Para staff sedang mengaminkan doa.

Pengerusi Badan Keluarga, Haji Azman sedang memberi ucapan.

Aku letakkan bekas berisi nasi impit itu ke suatu sudut. Tidak lama kemudian, semakin banyak makanan diletakkan disekitarnya. Penulis rasa sebelum ini ramai yang menyimpan makanan di meja masing-masing sebelum penulis sampai ke pejabat.

Glemer sungguh baju kakak-kakak ni.

Para staff sedang menanti waktu menjamu selera.

Apabila semuanya telah siap sedia, majlis diteruskan dengan En. Halim sebagai pengerusi majlis. Majlis ini di mulakan dengan bacaan doa selamat dari ustaz Anas Fathi. Setelah selesai bacaan doa, Pengerusi majlis menjemput Pegarah Tugas-tugas Khas memberi ucapan selamat hari raya dan seterusnya menjemput semua staff menikmati hidangan jamuan hari raya.

Halimatun bersama adiknya.

Hanya mendapat empat cucuk sate seorang.

Pada mulanya, kami risau juga, takut apa yang dirancangkan tidak menjadi. Lebih-lebih lagi bila jumlah staff dalam department kami agak ramai. Kalau dicongak, hampir 100 orang!. Bayangkan bagaimana untuk mengumpul mereka dan menganjurkan sesuatu majlis? Sudah pastinya kami memerlukan ruang yang besar dan mendapatkan khidmat katering dari luar.

Penulis sedang menikmati mee goreng restoran Kancil yang sungguh menyelerakan.

Macam-macam makanan ada.

Tetapi untuk kali ini, kami masih mampu untuk melakukannya sendiri, ditempat sendiri. Itupun di atas dasar dan kerjasama semua pihak. Kami rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakan-rakan penulis di sini kerana menyumbangkan idea, tenaga dan sumber-sumber lain bagi menjayakan majlis kali ini. Last year, kami dapat menikmati pelbagai jenis juadah dan kali ini kemeriahan tetap diteruskan dan dikekalkan dengan cara dan pendekatan yang sama. Thanks and congrats to everyone!

Sedang berbaris, menunggu giliran mengambil makanan.

Sedang memilih makanan.

Tujuan dan matlamat aku hanyalah satu; menyatukan kesemua rakan-rakan di dalam department penulis. Sebab itu kami sengaja buat ‘potluck’ agar semua dapat mengambil bahagian. Bagi yang sudah lama kenal, kita rapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita dan bagi yang baru, inilah peluang untuk mereka mengenal antara satu sama lain. Of course, perbezaan tetap ada tetapi itu semua tidak menjadi masalah dan penghalang untuk kita bersama sama menikmati apa yang sepatutnya kita nikmati. Penulis yakin, sampai satu ketika kita tidak akan merasai perbezaan tersebut, Insya Allah.

Bergambar ramai-ramai.

Penulis menjadi jurugambar majlis buat sementara.

Ok, kalian lihatlah antara gambar-gambar yang sempat penulis abadikan untuk tahun ini. Insya Allah, untuk tahun hadapan, kami akan menganjurkan majlis yang sama. Mungkin lebih meriah dari yang ini... Insya Allah...

1 ulasan:

Cikgooden berkata...

sopan nya nak makan.......barissssssssssss..barisssssssssssssss sedia!..
warghhh..ha ha ha..

selamat hari raya zul...