Jika penulis pulang lewat dari pejabat, pada setiap hari Selasa atau Khamis, penulis akan singgah ke Pasar Malam di Bandar Baru Ampang.
|
Nasi Padang pun ada... |
|
Barangan kering. |
Pasar malam di Bandar Baru Ampang ini adalah di antara pasar malam yang terpanjang di sekitar Ampang. Kebanyakan peniaga terutama yang berniaga makanan adalah peniaga yang sudah lama berniaga di pasar malam ini. Pada setiap menu makanan yang ada di pasar malam tersebut, memang terbaik yang mempunyai citarasa yang klasik.
|
Pengunjung semakin ramai. |
|
Ikan... tiga pinggan RM10.00. |
Sudah namanya pasar malam. jadi, pelbagai barangan yang dijual di situ. Dari pakaian, perhiasan rumah, barangan dapur, barangan kering, barangan basah, dan sehinggalah ke variasi makanan dari segenap rantau Malaysia.
|
DVD movie terbaru pun ada. |
|
Sesak dengan pengunjung. |
Jika sudah menjadi rakyat Malaysia, tidak sah jika kita tidak singgah ke pasar malam. Pada masa ini pasar malam sudah ada di mena-mana. Tambahan lagi di sekitar Lembah Kelang ini, di setiap taman perumahan pasti ada satu hari untuk pasar malam dalam seminggu.
|
Kepak ayam maduu yang masih panas! |
|
Ayam segar tetapi di pasar malam agak mahal dari pasaraya. |
Antara menu-menu yang membuatkan penulis sanggup datang ke pasar malam di Bandar Baru Ampang ini ialah keaslian masakan dari negeri Kelantan. Jika datang sini memang penulis tidak lepaskan peluang hendak membeli nasi kerabu atau nasi dagang.
|
Macam-macam warna ada. |
|
Daging segar. |
Biasanya kita dapat lihat pecal dijual pada bulan puasa sahaja. Tetapi di pasar malam ini, pecal dijual oleh pasangan suami isteri berbangsa jawa yang berasal dari Banting. Mungkin pecal ini kurang terkenal, tetapi bagi penulis lenguh juga tangan kakak yang membuat pecal ini kerana permintaan daripada pelanggan cukup menggalakkan.
|
Nasi Kerabu dan Nasi Dagang menjadi tumpuan ramai. |
|
Sayur-sayuran segar. |
Jika diperhatikan di setiap gerai, anda akan terjumpa dengan keropok lekor home made. Pelbagai variasi bentuk dan warna keropok lekor ada. Rasa ikan nya memang asli. Jika kita pernah berkunjung ke negeri-negeri pantai timur, pasti kita pernah makan keropok ini sebab ianya sangat terkenal di kalangan masyarakat Terengganu.
|
Mat Bangla pun mengambil kesepatan berniaga di pasar malam. |
|
Buah-buahan segar. |
Bagi penulis, Pasar Malam di Bandar Baru Ampang ini ada kemeriahan tersendiri. Jika tidak, takkanlah penulis sanggup meredah kesesakkan jalan raya semata-mata hendak ke Pasar Malam Bandar Baru Ampang ini.
1 ulasan:
boleh tahu psar mlam ni area mne..
Catat Ulasan