Sekarang musim orang tidak berapa sihat. Ini mungkin disebabkan musim kemarau, cuaca yang panas dan berjerebu. Oleh itu, kita kenalah berhati-hati di dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita kena banyak minum air masak atau air mineral. Jika, sudah terkena penyakit, agak sukar untuk pulih dengan segera. Agak lama juga penyakit ini hendak pulih. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
Ubat batuk dan demam. |
Mungkin ada di kalangan sahabat kita yang antibodinya kuat. Hanya dengan menelan sebiji ubat, dia sudah pulih sepenuhnya. Tetapi, kesakitan sebenarnya adalah sebahagian dari kifarah dosa Allah hendak mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kita. Oleh itu, kita hendaklah bersabar apabila di uji dengan sedikit ujian dari Allah. Peringatan ini untuk diri penulis sendiri supaya sentiasa bersabar apabila di beri ujian oleh Allah.
Musim demam. |
Sebenarnya penulis hendak berkongsi resepi segera yang mengunakan perencah Pes Mee Bandung Muar Pak Ngah. Mee Bandung ini dimasak oleh isteri penulis menggunakan Perencah Pes Mee Bandung Segera berjenama Pak Ngah.
Pes Mee Bandung Muar. |
Memang ada pelbagai jenis perencah mee bandung segera dalam pek mudah bawa yang dipasarkan sekarang. Namun tidak semuanya sedap dan asli rasanya. Tetapi apabila isteri penulis mencuba perencah Mee Bandung Pak Ngah ini, alhamdulillah memang sedap dan tidak mengecewakan. Malahan lebih sedap daripada yang dibeli di restoran yang menyajikan Mee Bandung Muar di dalam menu mereka yang pernah penuls cuba.
Cara memasak Mee Bandung Segera di belakang kotak. |
Sememangnya isteri penulis gemar mengunakan Pes Perencah Mee Bandung Muar Pak Ngah kerana rasanya yang sedap dan rencahnya menepati citarasa kami sekeluarga. Mee bandung ini sangat enak kerana terasa udang keringnya. Tidak mahu bercerita lebih panjang, penulis akan tuliskan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mee bandung segera ini.
Mee kuning. |
Bahan-bahan: (hidangan untuk 8-10 orang)
- 1 pek pes Mee Bandung Muar
- 2 peket mee kuning dicelur dan toskan
- 100 gm sawi hijau- dipotong 1 inci panjang
- 50 gm udang
- 50 gm daging- hiris nipis dan rebus empuk
- 5 biji telur
- sayuran lain ikut citarasa seperti bunga kobis, jagung muda dan karot
- bawang goreng dan limau nipis untuk dihidang bersama mee
Mee Bandung Muar siap untuk dimakan. |
- Didihkan 1.2 liter air di dalam periuk. Masukkan daging + 1/2 cawan air rebusan, sayuran dan udang.
- Apabila mendidih masukkan telur sebiji, demi sebiji. Jangan biar kuningnya pecah. Apabila telur nampak masak (ada juga yang suka telur separa masak) padamkan api.
- Masukkan mee ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mee. Taburkan bawang goreng dan perahkan limau kasturi. Sedia dinikmati..
1 ulasan:
imana ye pes mee bandung ni?
Catat Ulasan