Khamis, 8 Mei 2014

Pekena Nasi Arab AFC

Penulis sudah seperti wartawan Jalan-Jalan Cari Makan pula. Entah kenapa semenjak kebelakangan ini penulis asyik menulis tentang makanan sahaja. Mungkin hanya ada cerita tentang makanan sahaja di kepala penulis sekarang. Kebetulan pula, semalam penulis makan nasi arab di Restoran Nasi Arab AFC di Taman Greenwood, Gombak. Taman Greenwood ini tidak berapa jauh atau tidak berapa dekat dengan kediaman penulis di Ampang. Jika memandu, jika tiada kesesakkan di jalan raya, setengah jam sudah sampai ke lokasi.
Restoran Nasi Arab AFC.
Apa maksud AFC? Nama seperti Asian Football Club. Tetapi AFC ini tiada kena-mengena dengan mana-mana kelab dan pasukan bolasepak. AFC adalah singkatan untuk “Al-Amin Food Corner”. Macam mana penulis tahu? Memang sudah terang-terang tertulis di papan tanda restoran itu. Pada mulanya penulis hendak snap gambar papan tanda restoran, tetapi penulis segan pada pelanggan-pelanggan yang lain. Nanti mereka ingat wartawan dari stesen tv mana pula.
Suasana di dalam Restoran Nasi Arab AFC.
Berdasarkan stiker JJCM di pintu masuk, rupa-rupanya restoran ini penah dikunjungi oleh krew TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Sebuah program rancangan makanan yang sangat popular dan digemari ramai temasuklah penulis sendiri. Semenjak berita restoran ini keluar di program JJCM TV3 tahun lepas, restoran ini semakin popular dan dikunjungi ramai. Penulis sendiri pun sudah lama hendak makan nasi arab di restoran ini tetapi hanya semalam hajat itu tercapai.
Susu Kambing, Minyak Biji Anggur dan Jus Delima ada dijual di restoran ini.
Walaupun restoran ini mempunyai 2 lot kedai tetapi ruang di dalamnya masih agak kecil. Mungkin disebabkan lot kedai di Taman Greenwood ini agak kecil. Walaupun sudah mempunyai 2 lot kedai pun masih kelihatan kecil. Walaupun kecil, tetapi masih lagi selesa untuk pelanggan makan bersama keluarga. Terdapat dua pilihan tempat duduk di restoran ini, penulis duduk di kawasan yang ada berhawa dingin sebab cuaca panas di luar.
Air suam dan Air Teh Arab Daun Pudina.
Apabila masuk ke dalam kita akan disambut oleh pelayan restoran dengan senyuman. Selepas di persilakan duduk, pelayan tersebut akan segera menghulurkan menu. Alhamdulillah, servis nya pantas, penulis tidak perlu menunggu lama. Tidak sampai sepuluh minit Teh Arab Daun Pudina yang di pesan telah sampai di meja penulis. Apabila di layan sebegini, pelanggan sudah tentu lah berasa gembira. Apabila mereka berpuas hati, sudah tentulah mereka akan datang lagi.
Daging kambing Goreng.
Penulis hendak mencuba menu Nasi Arab Daging Kambing Goreng. Khabarnya restoran ini sedang membuat promosi untuk Daging Kambing Goreng yang berharga cuma RM10.00 sahaja. Penulis pun order Daging Kambing Goreng bersama Teh Arab. Dalam masa 10 minit menunggu. menu yang penulis pesan tadi telahpun tiba. Penulis pun kehairanan, kenapa mereka hanya menghidangkan Teh Arab bersama Daging Kambing Goreng sahaja.
Nasi arab yang dinanti akhirnya tiba.
Dengan sabar penulis menunggu nasi arabnya tiba. Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, nasi arab tidak juga sampai-sampai. Penulis pun bertanya kepada salah seorang pelayan restoran tersebut. Dik, mana nasi arabnya? Pelayan itu kata “ Encik, promosi ini hanya untuk Daging Kambing Goreng sahaja”. Rupa-rupanya nasi arab, sambal dan kuah sup kena order lain. Erggg.... apa laa... lain kali cakaplah awal-awal, penat penulis menunggu macam orang bodoh pula... Pui!!
Nasi Arab dengan Daging kambing Goreng.
Nasi arab ini agak sedap dan amat istimewa dari nasi-nasi yang lain kerana beras yang digunakan adalah beras basmathi (jenama Jasmin). Jadi, apabila menggunakan beras ini memang berbaloilah makan nasi arab di restoran ini. Penulis pernah makan nasi dengan harga yang mahal tetapi beras yang mereka gunakan adalah beras biasa-biasa sahaja. Jadi, tidak berbaloi rasanya dengan harga yang di tawarkan.
Tapau Nasi, Arab Ayam Berempah.
Harga makanan di restoran ini memang berbaloi dan rasa makanan arabnya yang boleh di katakan sama sahaja dengan mana-mana restoran nasi arab popular yang penulis pernah makan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor walaupun pekerja dan tukang masak adalah orang Jawa berketurunan Melayu.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah.

Unknown berkata...

Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah. Waktu operasi baru nasi arab AFC . Isnin-khamis 12 tengahari-7malam sahaja. Jumaat &Sabtu 12tengahari-9malam. Waktu solat jumaat tutup sementara,buka semula selepas waktu solat jumaat. Setiap Ahad tutup cuti mingguan. Call 011-63327027 AFC @ 019-3211911 Pn.Hasnah.