Jumaat, 13 Jun 2008

Aku Berkerja di Muzium Negara.


Penulis berlatar belakangkan bola sepak takraw gergasi

Sebaik sahaja keputusan SPMV pada sekitar Mac 1987 diumumkan, keputusan SPMV aku agak kurang cemerlang. Aku memang ada niat hendak sambung belajar. Sekurang-kurangnya ambil kelas malam untuk ambil mengambil peperiksaan STPM. Tetapi aku mulai seronok berkerja ketika itu, niat murni itu itu lama-kelamaan hilang begitu sahaja.

Pada bulan Ogos 1987 aku mendapat tawaran berkerja di Muzium Negara. Aku dikehendaki menjaga bahan pameran dan melayan pelancong yang datang. Sebenarnya aku tidak layak mendapat perkerjaan ini kerana tidak fasih berbahasa inggeris. Mungkin sudah rezeki, Aku mendapat perkerjaan ini dengan sokongan kuat dari sepupu yang kebetulan berkerja di situ. 


Penulis bersama pelancung dari Eropah

Walaupun taraf jawatanya hanya sambilan dan bergaji hari, namun aku cukup seronok berkerja di sini kerana ianya agak glemer. Kami kelihatan segak apabila mengenakan uniform berbaju melayu hijau dan bersampin. Jika kami pandai "mengayat", setiap hari boleh mendapat awekz. Hampir semua kawan-kawan mendapat jodohnya di sini sehingga ada yang mempunyai lebih dari satu isteri. Malah yang hendak pencenpun tanpa segan-silu menpunyai awekz sehingga berkahwin. Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh. Tidak kira tua ataupun muda. Walaupun kawan-kawan menpunyai awekz masing-masing, tetapi aku yang masih bujang ini tidak menpunyai awekz, sebab aku agak penakut dengan perempuan he.. he... Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat kawan-kawan bersama awekz masing-masing.

Setiap hari aku rasa seolah-olah berada di oversea kerana ramai pelancung datang dari dalam dan luar negara. Aku yang mulanya tidak pandai berbahasa inggeris sudah mula sikit-sikit boleh bercakap inggeris. Rugi rasanya jika tidak pandai berbahasa inggeris kerana banyak ilmu yang diperolehi apabila bersembang dengan Mat Salleh ni. Masa itu, barulah rasa menyesal kerana tidak belajar betul-betul semasa sekolah dahulu. Rasanya foto kami pada masa sudah berada di seluruh dunia kerana setiap hari para pelancung meminta kami bergambar bersama mereka. Pelancung luar negeri memang tertarik dengan uniform baju melayu kami.

Pengalaman yang paling tidak aku lupakan apabila barang pameran hilang kerana dicuri oleh pengunjung. Pada masa itu sedang berlangsungnya pameran ular. Muzium Negara penuh sesak dengan pengunjung kerana ingin menyaksikan raja ular tinggal bersama seratus ekor ular tedung di dalam sangkar. Tampa disangka, pameran di bahagian Geleri Sukan telah dipecahkan dan kehilangan beberapa buah pingat. Aku diarahkan membuat laporan polis dan apabila disoal-siasat, aku dituduh cuai oleh pegawai polis tersebut. Sedih betul aku pada masa tu ..huhuh...

Aku berkerja di sini hanya bertahan dua setengah tahun sahaja. Walaupun berkerja di sini memang seronok tetapi demi masa depan. Aku perlu mencari perkerjaan tetap, aku memohon kerja di Dewan bahasa dan Pustaka pula.

1 ulasan:

tiga lalat berkata...

salam bang, nak tanya kalau abang ada simpan gambar2 lama bangunan Muzium Negara pandangan dari luar?