Selasa, 17 Jun 2008

Aku Mengikat Tali Pertunangan


Penulis di alam percintaan yang singkat

Pada bulan Jun 1994, aku berkenalan dengan seorang awekz bernama Fauziah melalui seorang kawan (nak cari sendiri, tak reti he...he..). Awekz yang sudi berkenalan dengan aku ini adalah anak jiran sekampung kepada kawan opis aku. Pada mulanya kami berkenalan melalui sekeping gambar kemudian bertukar nombor talepon. Apabila kami bertemu dan bertentang mata, aku terus jatuh cinta pandang pertama.. hu..hu...hu... Setelah berjumpa dengan keluarga dan kedua orang tuanya, aku diminta merisik dan menetapkan tarikh masuk meminang.


Kakak, abang ipar, anak saudara dan bapa saudara di majlis pertunangan

Seluruh keluarga dan saudara-mara agak terperanjat apabila aku menyampaikan hasrat hendak bertunang. Mereka terperanjat kerana aku tiada teman wanita sebelum ini. Merekapun tahu aku memang tidak reti hendak bercouple ni. Walaupun agak terperanjat tetapi mereka serius membantu menyediakan persiapan majlis pertunangan aku. 

Dengan bantuan Kak Nor dan Kak Siti yang membelikan cincin, kek dan mengubah barang-barang hantaran, pada 8hb Oktober 1994 aku menghantar rombongan untuk meminang awekz aku di Ampang Tasek. Rombongan aku yang di ketuai oleh arwah pak usu, abang ipar, kakak dan anak-anak saudara. Rombongan kami telah disambut mesra oleh pihak tuan rumah. Abang Sabri sebagai jurucakap kami telah membuka bicara untuk meminang anak gadis tuan rumah. Pihak perempuan telah bersetuju dan menerima pinangan dengan meminta wang hantaran bernilai RM2000 serba-satu. Pihak kami meminta tempoh selama dua tahun untuk diijabkabulkan. Setelah kedua-dua pihak telah bersetuju, maka Kak Minahpun menyarungkan cincin belah rotan di jari manis tunang aku.


Kami di hari pertunangan

Terima kasih kepada Kak Nor dan Kak Siti yang banyak membantu aku membelikan cincin, barang-barang hantaran dan mengubah cantik barang-barang tersebut. Terima kasih kepada Abang Sabri kerana menjadi wakil juru cakap semasa majlis meminang. Terima kasih juga kepada pak usu, kakak dan anak-anak saudara kerana turut serta menjayakan majlis peminangan tersebut. Tanpa korang semuanya majlis ini tidak akan berjaya dengan sepenuhnya. Terima kasih bebanyak!!

Tiada ulasan: