Isnin, 16 Jun 2008

Aku Berpindah ke Bandar Tun Razak


Penulis di rumah pangsa Sri Kota, Bandar Tun Razak

Pada tahun 1988, Kak Siti berpindah rumah ke Bandar Tun Razak kerana abang ipar dapat menyewa rumah pangsa DBKL di situ. Demi untuk menjimatkan kos, akupun turut berpindah ke rumah tersebut. Memang menjimatkan kerana makan-minum telah disediakan dengan pakaian dibasuh sekali, aku hanya perlu membayar kepada kak Siti rm100 sebulan. 

Ketika itu Bandar Tun Razak masih tiada LRT lagi. Aku terpaksa menaiki bas ke tempat kerja. Aku menaiki bas Tong Fong bernombor 123 ke Jalan Silang dengan teket berharga rm 1.20. Kemudian aku menaiki bas mini bernombor 33 dengan teket berharga lima puluh sen ke Muzium Negara pula. Walaupun mengambil masa yang lama dan sangat meletihkan tetapi amat happy dan enjoy kerana menaiki bas yang penuh-sesak boleh bergesel dengan awekz. Ketika berebut-rebut menaiki bas, pastinya aku tergesel dengan awekz-awekz yang cun... he..he...he..

Tetapi apabila aku berkerja DBP, aku tidak menaiki bas lagi kerana bas ke DBP agak susah. Bas Serijaya bernombor 13 hanya muncul sejam sekali. Apabila bas tersebut terlepas bermakna aku terpaksa menapak dari Kotaraya ke DBP. Aku terpaksa membeli sebuah motosikal Suzuki RC80 dengan load DBP sebanyak rm3000.00 dengan potongan gaji selama lima tahun.


Penulis di rumah sewa sepupu iaitu Rosli dan Jef di Segambut

Semasa aku tinggal di Bandar Tun Razak, aku sering lepak di rumah sepupu iaitu Rosli, Roslan dan Jefry di Segambut Dalam. Apabila di hari cuti am atau hujung minggu kami sering keluar bersiar-siar di sekitar Petaling Jaya atau Kuala Lumpur. Kadang-kala kami keluar bersiar-siar hingga ke Genting Higlands untuk menikmati udara yang segar dan sejuk. Kenangan kami yang paling menyeronokkan ketika menyaksikan konsert live Wings dan Search di Stadium Negara. Ketika itu kumpulan Search dan Wings tengah top. Manakala harga teketnya pula agak mahal. Mujurlah kami dapat masuk free kerana pejabat sepupu aku berada di dalam bangunan Stadium Negara. Jika ada sebarang konsert rock, pasti kami tidak miss datang untuk menyaksikannya. Lagipun kami memang berimejkan rockers cuma hanya rambut sahaja pendek kerana tututan kerja.

Jika mereka berkerja atau ada masalah-masalah lain, aku akan keluar bersendirian di sekitar Kuala lumpur. Tempat-tempat menjadi tumpuan aku ketika itu adalah Pertama Kompleks, Jalan Tengku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Petaling Streat, Kota Raya, Central Market dan panggung-panggung wayang di sekitar ibu kota untuk menonton movie-movie terbaru. Jika musim bolasepak Piala Malaysia sedang berlangsung, aku sering menonton dan memberi sokongan kepada team Selangor yang bermain di Stadium Merdeka. Jika dapat cuti, aku akan mengikuti Kelab Penyokong Selangor untuk menyokong team bolasepak Selangor bermain di luar Lembah Klang.


Penulis bersama rosli di Genting Higland

Apabila aku berkerja di DBP, aktiviti bersama sepupu aku semakin berkurangan. Tumpuan aku lebih terarah bersama member-member di bahagian keselamatan DBP pula. En. Shahrudin rakan setugas aku begitu rajin mengadakan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang kami adakan seperti berkelah di pantai Port Dickson dan melancung ke Cameroon Higlands. Kadangkala aktiviti yang kami lakukan secara spontan dan tidak dirancang. Suatu hari selepas waktu kerja, secara tiba-tiba en. Shahrudin hendak pergi ke Genting Higlands maka dia mengajak kami turut serta ke Genting. 

Hampir setiap bulan kami makan angin dekat Genting. Pernah juga en. Shahrudin mengajak aku dengan menaiki motosikal kapcai pergi berhari raya ke rumah rakan setugas, en. Aidi Paiman di Labis, Johor. Itulah kali pertama aku memandu motosikal menggunakan lebuhraya Utara-Selatan. Dalam perjalanan pulang, setibanya di Melaka hujanpun turun. Kami memandu dalam suasana hujan lebat hingga ke Seremban. Apabila sampai tol Sungai Besi, baju yang aku basah lenjun telahpun kering. Aku memandu tanpa memakai jaket ketika itu.


Penulis dan rakan-rakan berkelah di Sungai Congkak

Kadangkala aku lepak di rumah sewa rakan setugas iaitu Sidek Mohd Alias di Taman Putra, Ampang, Selangor. Oleh kerana Ampang dengan Hulu Langat sudah dekat, kami sering merancang aktiviti perkelahan di Sungai Congkak atau Sungai Gabai. Sebelum bertolak, Sideklah yang rajin memasak untuk menjamu selera di tempat perkelahan nanti. Sidek hanya tahu masak yang simple-simple sahaja seperti mee goreng dan telur dadar. Sidek cukup 'angin' bila aku kata masakkannya masin. Dengan bengangnya Sidek berkata "bila kat Sungai Congkak nanti engkaulah yang paling banyak makan". Sememangnya kami selalu bergurau senda sehingga kadang-kala bermasam muka karana terlebih gurauan.

Apabila selesai memasak, kamipun berkonvoi ke Sungai Congkak dengan kapcai masing-masing. Pada suatu ketika sidek terlibat dengan satu kemalangan. Beliau tertiarap di atas jalan raya kerana motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta. Mujurlah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Oleh kerana cara beliau tertiarap agak kelakar, dengan spotan aku tergelak dan terkata " hai... dah tak sabar nak mandi ke? hingga berkelah di atas jalan raya". Sejak itu Sidek cukup benggang dengan aku hingga memasang satu perangkap. Apabila aku lepak di rumahnya,  Sidek akan meletakkan sebuah kerusi yang kakinya sudah hampir patah dan mengharapkan aku duduk dikerusi tersebut. Suatu hari aku duduk di kerusi tersebut dan terjatuh terduduk di atas lantai. Sidek yang melihat kejadian itu bukan main suka dan berkata " aiks!! dah tak sabar nak mandi ke?". Aku hanya tersenyum dan bersabar sahaja huhuhu...

Apabila kami sudah jemu berkelah di Sungai Congkak atau Sungai Gabai, kami mandi di kolam renang pula. Selalunya kami mandi di kolam renang DBKL di Bandar Tun Razak dengan bayaran rm2.00 sejam. Mandi di kolam renang memang best kerana boleh 'cuci mata' apabila melihat awekz sedang mandi memakai bikini. Kata orang menyelam sambil sambil minum air sekali.... he...he...

Tiada ulasan: