Jumaat, 20 Jun 2008

Aku Mendapat Cahaya Mata yang Pertama



Nur Atikah semasa berumur seminggu

Setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya isteriku disahkan mengandung oleh doktor di klinik Fauziah Ampang. Seluruh keluarga aku dan isteri cukup merasa gembira. Sejak itu aku menjaga isteri dengan baik. Setelah genap sembilan bulan, di pagi 3hb April 1997, isteri aku mengadu sakit perut. Akupun dengan pantas menghantar isteri ke Hospital Besar Kuala Lumpur menggunakan teksi jiran. 

Seharian aku resah menunggu isteri di wad bersalin HKL namun isteriku tetap juga tidak menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. Menurut doktor, baby di dalam perut masih tidak mahu turun. Namun doktor akan cuba mengeluarkan baby secara normal dengan kaedah terapi. Aku cukup gelisah menunggu di luar bilik bersalin bersama-sama suami-suami yang lain. Apabila jam menunjukkan jam 7.00 malam, aku terpaksa pulang kerana kerana waktu melawat sudah tamat.

Pada jam 11.00 malam, doktor menalefon mengatakan isteri aku terpaksa menjalani pembedahan. Aku dikehendaki datang ke HKL kerana perlu menandatangani satu surat persetujuan pembedahan. Alhamdulillah, tepat jam 12.00 malam isteri aku telah selamat menjalani pembedahan dan melahiran cahaya mata aku yang sulung. Aku mendapat baby perempuan yang comel seberat 3.3 kilogram. Namun hanya keesokan paginya barulah aku dapat menatap wajah comel baby yang comel itu dan kemudian mengqamadkanya.

Semenjak itu aku sering berulang-alik ke wad bersalin HKL kerana isteri dan baby aku di tahan di wad selama empat hari. Baby aku mengalami masalah kerana kepalanya tidak boleh berpaling ke sebelah kanan. Doktor perlu merawat leher baby aku dengan kaedah fisioterafi. Setelah empat hari berada di wad, isteri dan baby aku dibenarkan pulang. Walaupun dibenarkan pulang, kami perlu membawa baby ke HKL setiap minggu kerana merawat leher baby aku. Setelah beberapa bulan berulang-alik dari HKL, akhirnya kepala baby aku boleh berpaling ke sebelah kiri dan ke kanan... alhamdulillah.

Setelah berbincang dengan isteri seperti yang dirancang, kami bersetuju menamakan baby kami dengan nama Nur Atikah. Kami mendapat nama ini melalui sebuah buku yang bermaksud lebih kurang 'cahaya yang gagah berani'. Ramai rakan-rakan yang mengatakan nama ini aku ambil sempena nama bekas rakan setugas aku di bahagian keselamatan dulu iaitu puan Eatikah. Sebenarnya tidak itu hanyalah suatu kebetulan sahaja.

1 ulasan:

BadrulAsiyah Abu Kassim berkata...

PENGALAMAN MELIHAT ISTERI TERCINTA BERSALIN ADALAH PENGALAMAN YG SIKAR DILUPAKAN...PENGORBANAN SEORG ISTERI...