Rabu, 11 Jun 2008

Aku masuk sekolah berasrama


Penulis semasa di asrama putra SMV Klang

Apabila keputusan SRP dikeluarkan pada tahun 1984, keputusannya hanya cukup-cukup makan sahaja. Akupun memohon memasuki sekolah yang mempunyai asrama. Tujuannya adalah kerana tidak mahu menyusahkan kak Non dan abang ipar lagi. Akhirnya aku diterima memasuki asrama di Sekolah Menengah Tengku Abdul Raman Putra (STARP), Sabak Bernam, Selangor. Namum jodoh aku di sekolah ini tidak lama. Selepas tiga bulan aku belajar di sekolah ini aku mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Vokasional Klang dalam aliran Pepasangan dan Penyenggaraan Elektrik. Aku terima tawaran ini kerana aku memang suka belajar di luar daerah Sabak Bernam.


Penulis bersama rakan-rakan di dalam kelas tingkatan lima PPE pada tahun 1986

Pada bulan Mac 1995, aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Vokasional Klang bersama kak Non dan abang ipar. Apa yang aku sangat terharu ketika sedang mendaftar, abang ipar memberitahu kepada pegawai pendaftar itu bahawa dia mengangap aku sebagai anak dia sendiri.

Tinggal di asrama SMV Klang pada awalnya memang tidak menyeronokan kerana kami sering kena buli atau di reging oleh pelajar lebih senior. Kami diminta menghormati dan memangil mereka abang. Kami pelajar junior sering diherdik, diminta membasuh pakaian, mengosok pakaian, urut pelajar senior dan macam-macam lagi yang memang menyakitkan hati. Kami tidak menggadu kat warden kerana takut akan dibelasah kat luar asrama. Namun begitu lama-kelamaan kami berkawan seperti biasa.

Belajar di SMV Klang pada awalnya memang meletihkan lagi membosankan. Kami dikehendaki belajar dari pagi (7.45 am) hingga ke petang (4.30 pm). Jika kelas pagi teori di kelas dan sebelah petangnya amali di bengkel. Sebelum masuk ke bengkel, kami dikehendaki berkawad kemudian berlari ke pintu besar dan patah balik ke bengkel yang jauhnya kira-kira dua kilometer. Setelah habis kelas sebelah petang, selepas minum dan sembahyang kami dikehendaki turun ke padang untuk bersukan pula. Pada sebelah malamnya selepas makan dan sembahyang kami dikehendaki ke bilik study untuk mengulang kaji pelajaran sehingga jam 1030 malam yang dikawal seorang pengawas yang asyik memekak menyuruh kami diam. Jam 11 malam kami dikehendaki oleh abang-abang senior yang terjerit-jerit menyuruh kami memadam lampu bilik dan tidur z... z... z..
Memang banyak kenangan belajar di SMV Klang. Antara kenangan pahit adalah seperti berikut:
  1. Kena buli pelajar senior seperti kena basuh pakaian, gosok pakaian, urut dan lain-lain lagi
  2. Kena denda berdiri luar kelas kerana tidak memberi perhatian semasa cikgu mengajar di depan. Pada masa itu aku memandang bas rombongan masuk ke sekolah.
  3. Tidak terpilih mengikuti rombongan sekolah ke Cameron Higland walaupun beberapa pelajar lain menolaknya. Aku frust betul masa tu. Semenjak itu aku bertekad suatu hari nanti aku akan melancung seluruh dunia yang lebih jauh dari Cameron Higland...ha..ha...ha... geram betul aku kat guru kelas iaitu Cikgu Tuah ketika itu. Kenapalah dia anti sangat kat aku?.
  4. Nama dicatit dalam rekod disiplin asrama oleh pengawas kerana dikatakan membuat bising semasa mengulang kaji pelajaran. Dua atau tiga pelajar buat bising, habis semua pelajar kena masuk rekod disiplin asrama. Apalah pengawas tu?.
  5. Kehilangan beg sekolah di supermarket Greatwall Klang. Habis semua buku-buku dan pakaian sekolah aku hilang. 
  6. Meninggalkan sekolah, asrama dan rakan-rakan setelah tamat belajar.
Kenangan manis di SMV Klang memang banyak tetapi kenangan yang paling manis adalah seperti berikut:
  1. Dapat membuli pelajar junior he..he...he...
  2. Berkawan rapat dengan Jelani Kengkang.
  3. Mempunyai adik angkat yang bernama Fauzian Aiyob. Kini khabarnya sudah mempunyai enam orang anak dan tinggal kat Nilai.
  4. Menonton wayang setiap kali keluar ke bandar Klang. Antara filem yang paling popular pada masa itu adalah Ali Setan dan Rambo.
  5. Mengunakan alamat kawan (Suratmin) yang tinggal di luar asrama (Banting) untuk berutus surat dengan awekz-awekz luar. Mengunakan alamat asrama memang mencari nahas he...he...
  6. Menyaksikan sendiri kawan menyeludup rokok ke asrama dengan memasukkan sekotak rokok Dunhill di celah kangkang di dalam seluar dalamnya. Jika kena tangkap sudah tentulah kena buang asrama.
  7. Kali pertama menyaksikan kawan-kawan menghisap rokok di dalam bilik mandi dan bertelanjang bogel ...he...he.. kawan-kawan jangan marah erk..
  8. Menyaksikan kawan-kawan meminum minuman keras di ladang kelapa sawit.
  9. Menyaksikan sendiri kawan-kawan lalok kerana menelan pil khayal.
  10. Menjadikan adik  junior Zorhab sebagai posmen untuk menghantar surat dan barang kepada adik angkat.
Kepada kawan-kawan SMV Klang yang belajar pada seisi 1985-1986, yang terbaca blog aku ini sila-silalah menghubungi saya. Rindulah dengan kalian semua.

Tiada ulasan: