Terlebih dahulu penulis memohon maaf kepada peminat Sate Kajang. Sebelum ini penulis sudah banyak kali makan Sate Kajang. Dahulu tidak dinafikan bahawa Sate Kajang ini di antara yang tersedap yang pernah penulis makan. Tetapi kini, Sate Kajang tidak sesedap dahulu lagi.
Gerai Zaini Satay. |
Mungkin dahulu, mereka membuat, memasak dan membakar sate secara manual tetapi setelah sate mereka kian popular dan banyak permintaan, kini mereka menggunakan mesin untuk membuat dan membakar sate yang lebih mudah dan cepat. Semenjak itu lidah penulis tidak dapat mengatakan yang Sate Kajang yang diantara yang tersedap dan terbaik.
Sedang membakar sate. |
Penulis baharu sahaja mendapat tahu ada sate yang lebih sedap dari Sate Kajang. Kelmarin, penulis ke Ampang Jaya. Di sinilah terletaknya gerai sate yang dikatakan di antara yang tersedap di sekitar Ampang Jaya. Zaini Sate ini bukan terletak dalam sebuah restoran mewah, gerai ini cuma berada di medan selera di tepi jalan sahaja.
Suasana di Gerai Zaini Satay. |
Zaini Sate mungkin tidak sehebat Sate Wak Samuri. Tetapi Zaini Sate ini boleh tahan juga sejarahnya. Zaini Sate adalah perniagaan warisan dari arwah datuknya iaitu Majid Satay sejak dari 1960an lagi. Zaman 60an ke 70an adalah zaman kegemilangan Majid Satay. Cerita ini ada di sebut di dalam buku “Tapai” oleh Hishamudin Rais.
Zaini Satay. |
Satenya memang tip topt! Sate daging memang well marinated, penuh berempah, isinya lembut dan sangat lazat. Namun sate ayamnya tidak sesedap daging lembunya, tetapi tetap terbaik. Kedua-duanya diperap cukup lama sehingga isinya menyerap rempahnya.
Satay yang terbaik di Ampang. |
Sate di sini memang sedap jika hendak dibandingkan dengan sate yang dikatakan popular dari Kajang itu. Sate Zaini ini tidak terlalu kering dan kuah kacangnya amatlah segar dan enak.
Satay sedang dibakar. |
Manakala daging sate nya lembut, lemak, berempah dan besar. Tetepi, harganya agak mahal sedikit daripada gerai sate yang lain. Sate dagingnya berharga 90 sen, ayamg 80 sen dan perut RM1.50. Tetapi jika anda sudah pekena sate Zaini ini, sure tolak ke tepi lah sate-sate yang lain.... hehehe...
Medan Selera Ampang Jaya. |
Ok, silalah pergi mencuba sate Zaini ini. Jika tidak sedap jangan marahkan penulis. Citara rasa manusia adalah berbeza beza..... hehe
2 ulasan:
salam abg zul, saya mohon izin untuk guna gambar dlm blog abg untuk buat assignment. saya xberkesempatan untuk pergi ke zaini sate. mohon halal. :D
Assalamualaikum tuan, saya dari pihak zaini satay ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas review tuan. Mohon kebenaran untuk ambil gambar dari sini tuan untuk tujuan promosi. terima kasih
Catat Ulasan