Setelah kenyang berserapan di Warung seorang sahabat saudara Nizam Imam di Sungai Nibung, kami
meneruskan perjalanan ke Pekan Sungai Besar pula. Rakan penulis, Shahrul ada
urusan perniagaannya di sana. Setelah selesai berurusan dengan
pelanggannya, perut pula terasa lapar, beliaupun mengajak kami makan tengahari. Beliau membawa kami ke
Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar.
Restoran Kuala Kuarau, Sungai Besar. |
Difahamkan Restoran Kuala Kurau ada tiga cawangan di sekitar Pekan
Sungai Besar ini. Kami singgah di
cawangan Sungai Lias. Restoran Kuala Kurau dikatakan sangat popular dengan kelazatan Char Kuew Teaunya. Ramai kawan-kawan penulis mengatakan Char Kuew Teau
di restoran ini memang terkenal dan sedap. Tetapi, oleh kerana kami
datang lewat tengahari, perut pun sudah berbunyi, kami lebih tertumpu kepada nasi campur sahaja.
Shahrul memilih lauk. Sudah tidak banyak pilihan kerana datang lewat. |
Restoran Kuala Kurau ini menghidangkan masakan nasi campur untuk
hidangan makan tengahari. Style masakan mereka ialah masakan ala ala
kampung. Jadi, memang banyak lauk pauk yang berunsurkan kekampungan di
restoran ini. Rakan penulis, dia memang suka sangat makan berlaukkan
ikan Sepat Goreng Berlada. Maklumlah ikan sepat mudah di
didapati di sawah padi di sekitar Sungai Besar ini. Apabila ikan sepat
ini di goreng masak sambal berlada atau dimasak gulai, memang terasa
kesedapannya.... pergh...
Kami datang lewat tengahari. Kebanyakan lauknya sudah kehabisan. |
Kami masing-masing mengambil pinggan dan mencedok nasi sendiri. Kami
memilih lauk pucuk paku masak lemak (sangat marvelous dan fresh), ayam
kampung goreng & masak gulai, sayur kacang panjang masak tumis, sedikit
ulam-ulaman dan ikan keli bakar. Malangnya penulis tidak dapat
menghabiskan ikan keli tersebut kerana ianyanya agak keras
sedikit dan kering pula. Jadi. tidak berapa sedap rasanya. Tetapi
ikan sepat goreng berladanya memang terbaik.
Kena layan diri. Mencedok nasi sendiri. |
Kami duduk di tengah-tengah restoran. Jadi, suasananya agak nyaman dan sangat selesa. Dahulu restoran ini menggunakan kerusi kayu
sahaja. maka, terdengarlah bunyi kriok sana sini sebab kerusi kayu ini agak
berat. Tetapi kini sudah ditukar ke kerusi kayu yang lebih ringan,
kuat dan cantik. Jadi, damai sedikit pendengaran di sini. Kawasannya
pun kelihatan lebih tenang dan lapang.
Ikan Keli bakar yang agak keras sedikit. Ikan sepatnya memang terbaik. |
Restoran Kuala Kurau ini juga ada menyediakan menu ikan bakarnya.
Nest time, jika berpeluang datang ke restoran ini lagi, penulis hendak
mencuba pula Char Kuew Teau dan ikan bakarnya pula. Apabila
penulis terlihat pekerja restoran sedang membakar ikan siakap dan
terubuk, kelihatan seperti menarik dan sedap sahaja. Teringinlah juga tetapi perut sudah kenyang pada masa itu. Kemudian penulis dapat melihat
view di kaunter lauk pauk mereka, bersusun-susun lauk pauknya yang
menyelerakan. Pinggannya pula bertingkat-tingkat. Tetapi jika anda
datang lewat tengahari, kemungkinan besar lauk-pauknya sudah
kehabisan.
Rakan dari Kelantan yang menikmati makanan dari Selangor. |
Ada kemungkinan pengurusan Restoran Kuala Kurau ini akan menambahkan lagi cawangannya di tempat lain. Penulis dapat lihat Signboardnya pun sudah kelihatan barharu. Maklumlah,
sudah loaded tokey dia sekarang ini. Makanannya pun sedap, variasi
banyak dan servis pun pantas.
Pemanis mulut, tapai pulut. |
Anda pernah singgah untuk makan di restoran ini?. Oh yer!... harganya agak
berpatutan. Tidak murah dan tidak pula terlalu mahal. Maklumlah, lauk
pauknya pun kira di dalam golongan eksotik juga. Lagi satu, buat anda
yang tidak makan masakkan pedas, anda tidak perlu risau ada bayak makanan yang tidak pedas seperti ikan goreng,
ayam goreng, sup daging, sup ayam, sup sayur dan macam-macam lagi.
Jadi, pada sesiapa yang akan balik ke kampung halaman atau melalui lebuhraya Kuala Selangor - Sungai Besar - Sabak Bernam, bolehlah singgah ke restoran ini. Selamat mencuba!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan