Kepada mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Datuk Keramat pasti tahu Restoran ‘Nasi Ayam MASH’. Penulis baharu mendapat tahu tentang kewujudan restorani ini beberapa bulan lepas. Ketika itu penulis sedang membeli keropok lekor di hadapan Masjid Datuk Keramat. Penulis dapati orang ramai sedang beratur panjang di restoran nasi ayam yang bersebelahan dengan kedai keropok lekor ini. Penulispun tertanya-tanya, apakah istimewanya nasi ayam di sini?. Penulispun siasat untuk mengambil tahu....hehe....
Restoran Nasi Ayam MASH di Datuk Keramat. |
Ingin mengambil tahu, penulispun turut sama berbaris panjang untuk membeli nasi ayam ini. Penulis perhatikan kuantiti nasinya memang banyak dari kebiasaan. Jika di restoran lain cuma meletakkan satu mangkuk nasi tetapi di sini, mereka meletakkan satu setengah mangkuk nasi. Jika anda makan sepinggan sudah memadai untuk kenyang satu hari. Mungkin anda tidak percaya? Tetapi, cuba anda lihat foto-foto yang sempat penulis rakamkan..
Ayam gantung yang mengiurkan. |
Kelazatan ayamnya memang lain dari yang lain. Kebiasaanya ayamnya digoreng berempah tetapi di restoran ini ayamnya digoreng dengan begitu garing sekali. Ayamnya di goreng on the spot. Aroma bauan rempah ratusnya membangkitkan selera orang ramai yang lalu lalang di hadapan restoran tersebut.
Ayam gantung, kicap dan sambal, |
Jadi, ketika mereka menyediakan hidangan, ayam gorengnya masih segar dan panas. Jika di restoran nasi ayam yang lain, hidangan nasi ayamnya bersama hirisan mentimun sahaja. Tetapi di restoran ini mereka sertakan mentimun dan sayur salad sekali. Kebetulan pula penulis memang sukakan sayur salad. Siap minta tambahkan sayur salad lagi.... hehe.. Mereka turut menyediakan kuah sup, sambal cili dan kicap cair yang menambahkan keenakkan nasi ayam ini..
Nasi ayam untuk dibungkus. |
Hendak kata nasi ayam di restoran ini sedap sangat, tidak juga tetapi boleh tahan lah juga sedapnya... hehe.. Jika tidak, mana mungkin pelanggan sanggup berbaris panjang hendak membeli nasi ayam di sini. Lapisan luar ayam gorengnya memang rangup. Ketika penulis asyik makan, tiba tiba terdengar, “Dah abis lah bang, datang esok ye” Oh! mak aii, cepat benar restoran ini hendak tutup. Kaunter restoran tidak mengambil order lagi untuk pelanggan yang hendak makan nasi ayam.
Pekerja sedang memotong ayam. |
Rupa-rupanya, mereka akan tutup restoran apabila bahan-bahan untuk masakkan sudah kehabisan. Mungkin itu rahsia mereka kenapa nasi ayam mereka sentiasa kelihatan segar. Mungkin disebabkan bahan-bahan yang mereka gunakan dalam kuantiti yang kecil pada setiap hari, bukan yang di recycle dari hari semalam.
Tauke dan anaknya sedang membungkus nasi ayam. |
Lokasi restoran ‘Nasi Ayam MASH’ ini terletak berhadapan dengan Masjid Al-Akram Datuk Keramat. Restoran ini di buka pada setiap hari dari jam 10.30 pagi sehinggalah nasi ayamnya habis. So far, setiap kali penulis datang ke restoran ini memang sentiasa dipenuhi dengan pelanggan-pelanggannya.
Beratur untuk memesan nasi ayam bungkus. |
Tetapi, jika tempat duduk telah dipenuhi dengan pelanggan, penulis hanya beli bungkus dan makan makan nasi ayam ini di pejabat sahaja. Di Datuk Keramat ini jalannya memang sempit dan banyak pula kenderaan melalui jalan ini. Keadaan ini membuatkan jalannya menjadi sesak. Sehingga hendak mencari parkir berhampiran dengan restoran ini pun menjadi sukar tetapi tidak mengapa anda boleh menumpang parking di dalam kawasan masjid.... tetapi jangan lupa sedekah amal jariah dekat peti derma di masjid tersebut.... hehe.... kenyang dapat pahalapun dapat..... Insyallah berkat!
Nasi ayam MASH bungkus. |
Jika sesiapa yang ada urusan di Datuk Keramat atau berada kawasan sekitarnya jangan lupa singgahlah ke Restoran Nasi Ayam ini ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan