Kepada mereka yang berkerja atau tinggal atau bekerja di sekitar Greenwood, Gombak dan Batu Caves mesti tahu dengan‘ “Ayam Golek Masywi” .Jika tidak silap sudah berbelas tahun mereka berniaga ayam golek ini.
Lori Ayam Masywi di Taman Samudera, Batu Caves. |
Ayam Masywi ini memang sedap dan lazat. Jika di Greenwood, Gombak, mereka beroperasi di halaman rumah, tetapi jika di Taman Samudera, Batu Caves, mereka berniaga menggunakan lori. Lori tersebut lengkap dengan dapur dan ketuhar pembakar ayamnya sekali. Jika di bulan Ramadhan, ramai pelanggan akan berbaris panjang untuk membeli Ayam Golek Masywi di sini.
Lori yang dilengkapi ketuhar. |
Buat nasa ini penulis sering ke Batu Caves kerana ada pelbagai urusan. Apabila berada di sana disebelah petang, penulis akan membeli Ayam Golek Masywi ini untuk makan bersama keluarga di rumah. Selalunya kami sekeluarga makan ayam golek ini bersama nasi biasa sahaja, tetapi selalunya kami hanya meratah ayam golek ini begitu sahaja. Tetapi, memang tidak dinafikan Ayam Golek Masywi ini memang yang terbaik.
Ayam Masywi. |
Harga Ayam Golek Masywi ini sangat berpatutan hanya RM16 sekor. Sangat murah, jika hendak dibandingkan dengan harga ayam golek di tempat lain. Jika ditempat lain harganya hampir mencecah RM18 hingga RM22 seekor. Cuba anda anda bayangkan, jika ayam mentah di pasar malam sudah mencecah hampir RM15 seekor. Ini ayamnya sudah siap dimasak/panggang dengan harga RM16 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat.
Aroma Ayam Masywi yang menyelerakan... |
Jika anda menbeli ayam golek ini di Greenwood, anda boleh membeli dengan nasi arabnya sekali. Tetapi, malangnya tiada kuah disertakan. Cuma yang ada hanya nasi untuk makan bersama ayam goleknya sahaja sahaja. Tetapi, Jika hendak berkuah juga, anda kena masak sendiri di rumah... hehehe... Ayamnya dilumurkan dengan rempah citarasa timur tengah, tetapi tidak pedas. Agak ber juicy tetapi tidak kering seperti kebanyakkan ayam golek di tempat lain.
Ayam Masywi seekor RM16.00 |
Bagi yang berminat atau hendak mencuba Ayam Golek Masywi ini, lebih mudah anda membeli terus dari lori dia. Lori ini parkir betul-betul bersebelah perhentian bas berhadapan dengan kedai Perodua yang sederet dengan bangunan Rumah Bekam di Taman Samudera, Batu Caves. Anda kena membeli ayam golek ini ala-ala drive thru kerana tiada meja atau kerusi disediakan. Anda hanya boleh bungkus makan di rumah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan