Rabu, 18 Disember 2013

Pekena Rojak Titiwangsa

Kepada yang sering datingjogging atau berriadah di Tasik Titiwangsa, pasti sudah mengatahui kewujudan Warung Rojak dan Cendol Tasik Titiwangsa. Perniagaan yang dijalankan menggunakan lori bergerak yang berada di ruang parkir di tepi Tasik Titiwangsa. Jika di hari Jumaat warung bergerak ini berada di parkir hadapan pejabat Telekom Titiwangsa.
Lori rojak mamak Titiwangsa.
Apa yang unik di warung bergerak ini, tiada meja makan disediakan. Hanya susunan kerusi untuk anda menjamu selera. Kebiasaan kerusi kedua digunakan sebagai meja atau tempat meletak cendol atau rojak. Bagi yang malas untuk turun dari kenderaan, anda boleh parking kenderaan berhampiran dan membuat pesanan rojak atau cendol. Anda boleh menikmatinya di dalam kereta sahaja.
Rakan sekolah yang sudah 27 tahun tidak berjumpa.
Hari Jumaat lalu, kawan sekolah mengajak penulis makan rojak dan cendol di Tasik Titiwangsa. Oleh kerana hari hendak hujan, kami tidak sempat berborak panjang dan terpaksa pula belasah rojak dan cendol dengan begitu pantas sekali. Rojak dan Cendol ini boleh tahan juga sedapnya. 
Cendol.
Kepada anda yang belum mencuba, jom lah singgah ke Tasik Titiwangsa ini. Dilain hari, kami sudah ada bercadang-cadang hendak makan rojak dan cendol ini lagi. Tidak puas rasanya makan rojak secara tergesa-gesa tempohari. Harga untuk rojak dan cendol cuma RM 5 sahaja.
Rojak mamak Tasik Titiwangsa,
Jika anda berada di area Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan tiba-tiba teringin hendak makan rojak dan cendol mamak ini, anda bolehlah masuk ke jalan yang menghala ke Tasik Titiwangsa, guna jalan Kuantan, nanti anda akan terlihat parkir kenderaan di sebelah kanan. Ada lori rojak di parkir tu..

Tiada ulasan: