Alhamdulillah, penulis minum petang bersama rakan-rakan sepejabat. Minum Teh O kaw sambil menikmati Kuih Cakoi yang masih gebu dan segar. Tidak dinafikan, Lembah Keramat ini ada beberapa buah gerai yang menjual Kuih Cakoi yang sedap lagi lembut!. Apabila dicicah dengan air Teh O atau kopi O, sekejapan lupa akan Nando’s, Kenny dan Subway. Hahhahah
Cakoi Tuah Keramat. |
Apabila pekena Teh O kaw sambil menikmati Kuih Cakoi ini bisa menghilangkan stress atau tekanan sewaktu berkerja. Apa tah lagi pekena Kuih Cakoi yang masih gebu dan panas serta dicicahkan pula dengan kuah yang lemak-lemak manis memang terasa kesedapan yang amat sangat... perghhh!!
Cakoi dan Tea O. |
Gerai Kuih Cakoi Tuah Keramat ini terletak di tepi jalan, berhadapan dengan SMK Lembah Keramat. Gerai ini beroperasi di sekitar dari pukul 12.00 tengahari sehingga sekitar 6.00 petang sahaja. Selepas waktu pejabat, penulis selalu perhatikan ramai pengemar cakoi sanggup beratur panjang untuk membeli kuih Cakoi ini. Selain kuih Cakoi nya yang sedap, Donut, Karipap, Goreng Pisang dan Cengkodok juga ada dijual.
Minnum petang hari ini. |
Teringat lagi penulis sewaktu kecil dahulu. Waktu itu, memang Kueh Cakoi ini dimonopoli oleh kaum Cina. Kesudahannya, untuk membeli terasa begitu was-was. Alhamdulillah, zaman moden berteknologi ini, semakin ramai orang kita mampu membuat ataupun memasak makanan Cina.
Cakoi yang gebu dan lembut. |
Kalau ikutkan hati penulis, memang hendak beli kesemua kuih-muih di gerai ini. Semua kuih ini nampaknya sedap. Jika beli banyak-banyak, nanti tiada siapa yang hendak makan pula. Sebelum rambang mata, lebih baik penulis cabut dahulu.. Rakan-rakan di pejabat sedang menunggu kuih Cakoi untuk minum petang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan