Hari ini penulis ke Taman Melawati lagi. Apabila ternampak sahaja Medan Selera yang berhadapan dengan bangunan Telekom Malaysia, teringat akan keenakan Nasi Ayam Hainam Sporenya. Dahulu, Penulis sering kali menikmati Nasi Ayam Hainam di sini. Tetapi, setelah penulis berpindah ke Kuala Lumpur, penulis tidak lagi makan nasi ayamnya..
Gerai Nasi Ayam Hainam Sgore. |
Tadi, penulis sempat singgah ke gerai tersebut untuk menikmati nasi ayamnya dan membeli beberapa bungkus untuk rakan-rakan di pejabat. Kepada mereka yang berkerja atau tinggal atau bekerja di sekitar Taman Melawati, Hulu Kelang dan Lembah Keramat mesti tahu dengan‘ “Melawati Nasi Ayam Hainam Spore ini”.
Pekerja sedang mencedok nasi. |
Ketika sedang menunggu pesanan, memang ramai pelanggan yang beratur dan sedang menikmati nasi ayam di gerai ini. Kali terakhir penulis makan di sini sekitar sepuluh tahun dahulu. Pada masa itu penulis dapat rasakan nasi ayamnya memang yang terbaik. nasinya banyak, ayam melambak dan kicap serta sambal cili pula memang terangkat... perghh....
Pekerja sedang memotong ayam. |
Tetapi untuk kali ini, penulis rasa agak kecewa. Ketika sedang menunggu makanan tiba, penulis sempat perhatikan ayam yang dipotong memang sedikit. Tidak dinafikan keenakkan rasa nasi ayamnya memang lain daripada yang lain. Walaupun rasanya agak sedap tetapi seperti tidak berbaloi jika nasi dan ayamnya sedikit. Selepas itu penulis tengok senarai harganya. Boleh tahan juga dalam lingkungan RM4.50 sepinggan.
Ayamnya sedap tapi sedikit. |
Apabila sampai sahaja di pejabat, rakan-rakanpun terus spotcheck nasi ayam yang penulis sempat tapau tadi. Mereka terkejut dan siap bertanya lagi “kenapa ayam dia sikit sangat ?” Mereka siap cakap lagi “Lebih baik kitarang beli nasi ayam di pasar malam sahaja, nasi dan ayamnya lagi banyak”. Penulis hanya cuma kata “mungkin mereka merasakan nasi ayam mereka sudah popular, sebab itu mereka kecilkan saiz nasi dan ayamnya”....hehe.....
Nasi Ayam Hainam Singapore. |
Rasanya, apabila teringin atau mengidam sangat hendak makan nasi ayam hainam ini, baharulah penulis akan singgah ke gerai ini. Penulis rasa seperti tidak berbaloi jika makan nasi dan ayamnya yang sedikit itu. Tidak puas dan tidak kenyang. Jadi, pada sesiapa yang hedak rasa dan lihat nasi ayam tu, bolelah berkunjung ke Medan Selera Taman Melawati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan