Minggu lalu, tertunailah hasrat di hati untuk singgah di Gerai Ikan Bakar di Jalan Bellamy, Istana Negara. Tempat ini sememangnya popular di kalangan wargakota kerana menyediakan hidangan Ikan Bakar yang menyelerakan ketika makan tengahari dari hari Isnin sehingga Sabtu.
|
Jalan Bellamy. |
|
Warung ikan bakar Jalan Bellamy. |
Pasti ramai yang sudah tahu Gerai Ikan Bakar di Jalan Bellamy ini. Selalunya di waktu puncak, gerai ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan ikan bakar dan lauk-pauk yang lain. Untuk mengelakkan kesesakan, anda dinasihatkan datang sebelum atau selepas waktu puncak iaitu waktu makan tengahari.
|
Sotong dan ikan bakar. |
|
Sabar menanti ikan masak di bakar. |
Rasanya ada lima buah gerai ikan bakar di Medan Selera ini. Tetapi, gerai di nombor 3 menjadi pilihan penulis kerana paling ramai perlanggan di dalamnya. Ditambah pula dengan rekomen/cadangan dari rakan-rakan sepejabat, gerai di no. 3 ini adalah di antara gerai yang paling sedap menyediakan hidangan ikan bakarnya.
|
Pelanggan kena layan diri untuk memilih ikan bakar. |
|
Pelanggan memang ramai diwaktu puncak. |
Oleh kerana penulis sampai sebelum waktu puncak, maka ikan, sotong, udang dan kerang sedang dibakar. Aromanya membangkitkan selera penulis. Pucuk dicita, ulam mendatang, rezeki jangan ditolak walaupun kena bayar sendiri...he..he.. Sotong Bakar, Ikan Bakar. Sotong bakar didalam lingkungan harga RM8-20 bergantung kepada saiznya. Ikan pula dari RM10-30 bergantung kepada size dan jenis ikan yang dipilih.
|
Gerai nombor lima. |
|
Pekerja sedang membakar kerang. |
Gerai-gerai di sini mengamalkan konsep layan diri, maka anda tidak perlu tunggu lama untuk dapat menikmati hidangan yang dipilih. Selain ikan bakar, terdapat juga lauk-pauk lain yang dihidangkan bersama nasi. Antara hidangan yang popular di sini ialah ikan pari bakar, ikan terubuk bakar, ikan keli bakar, ikan kembung bakar, sotong bakar, kerang bakar dan ayam kampung goreng. Setiap hidangan ikan bakar ini boleh dinikmati dengan kuah cicah kicap, air asam dan sambal.
|
Sotong rm12 seekor? |
|
Semua tempat duduk penuh. |
Setelah penulis mengambil pesanan, alhamdulillah, kebetulan ada satu tempat duduk. Menjelang waktu puncak memang penuh dikerumuni orang ramai yang berkunjung datang untuk makan tengahari. Jika diwaktu puncak, memang sukar mencari tempat duduk untuk makan di gerai ini. Kesemua mejanya telah penuhi dengan pelanggan. Anda hanya perlu bersabar, kerana tunggu pelanggan tersebut menghabiskan makanan mereka dan beredar dari meja tersebut.
|
Katanya gerai nombor tiga jadi pilihan ramai. |
|
Ikan terubuk dan Pari bakar menjadi pilihan ramai. |
Jika sesiapa yang ada urusan di DBP atau kawasan sekitarnya jangan lupa singgahlah ke gerai ikan bakar ini. Penulis percaya, anda tidak akan menyesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan