Sebut sahaja Medan Selera Nasi Lemak Tanglin pasti ramai yang sudah mengatahui tentang kesedapan dan keenakkan nasi lemaknya. Sesiapa yang inginkan nasi lemak antara yang terbaik di Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke gerainya yang terletak berhampiran dengan Masjid Negara dan Tasik Perdana ini.
Medan Selera Tanglin. |
Medan selera ini memang sudah tidak asing lagi bagi wargakota dan telah menarik minat ramai pelanggan. Sehinggakan saudara mara penulis yang datang dari kampung pun sanggup singgah ke medan selera ini untuk menikmati nasi lemaknya.
Berbaris untuk membeli nasi lemak Tanglin. |
Begitulah hebatnya penangan nasi lemak di medan selera ini. Medan Selera ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga ke 12.00 tengahari. Medan selera ini memang sentiasa mendapat perhatian oleh wargakota terutamanya pada mereka yang gemarkan nasi lemak panasnya.
Lauk pauk nasi lemak Tanglin. |
Sebenarnya sudah lama penulis tidak singgah ke Medan Selera ini. Tetapi, memandangkan kelmarin adalah cuti umum di negeri Selangor, maka penulis pun singgah ke medan selera ini. Nasib penulis agak baik kerana gerai nasi lemak ini baharu dibuka dan pelanggan masih belum ramai. Line beratur pun tidak berapa panjang jadi cepatlah penulis dapat membeli nasi lemak.
Macam-macam lauk ada. |
Keistimewaan nasi lemak di sini adalah kerana sambal ikan bilisnya. Apabila sambalnya dicampurkan dengan kuah hitam daging, ramuan ini membuatkan nasi lemak ini menjadi bertambah sedap. Rasa sambalnya memang konsisten dan tidak berubah-ubah. Kebanyakkan pelanggan memang sukakan sambal seperti ini.
Ada live band menghiburkan penggemar nasi lemak Tanglin. |
Selain sambal, terdapat banyak lagi lauk lain seperti Sambal Sotong, Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Goreng, Limpa Berlada, Bergedil, Sambal Kerang dan Paru Goreng. Selain nasi lemak terdapat juga bermacam jenis makanan lain dan minuman yang menyelerakan.
Tempat duduk dipenuhi dengan pelanggan nasi lemak Tanglin. |
Penulis membeli dua bungkus Nasi Lemak Sambal Sotong. Ianya cukup berbaloi kerana harga hanya RM10 sahaja. Tidak mahal dan tidak terlalu murah. Aroma haruman bau daun pandannya memang membangkit selera penulis dan pelanggan-pelangan yang lain. Tetapi, sedikit mengecewakan, sambalnya dibuat memang tidak pedas. Jadi, pada mereka yang gemarkan nasi lemak pedas mungkin tidak berapa suka dengan nasi lemak di sini.
Di bawah khemah pun ramai dengan pelanggan yang sedang menikmati nasi lemak tanglin. |
Semakin lama penulis berada di medan selera ini, semakin ramai pengunjung mula sampai sama ada hendak membeli secara bungkus atau makan di sini. Suasana agak meriah kerana ada band membuat persembahan secara live. Mereka menyanyikan beberapa buah lagu popular untuk menghiburkan para pelanggan yang sedang asyik menikmati nasi lemak disini. Oleh itu, sambil makan anda boleh lah berhibur sambil memberikan sedikit wang sumbangan kepada pemuzik ini....
Ada pasar basah di parkir. |
Pakir kenderaan memang tidak menjadi masalah di sini. Parkirnya keretanya luas. Siap ada peniaga menjual ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan lagi. Selepas berserapan dengan nasi lemak, anda tidak perlu pergi pasar kerana anda boleh membeli segala jenis ikan atau sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar di parkir kereta Medan Selera Tanglin ini sahaja. Suasana sangat meriah disebelah pagi.
Nasi Lemak Sotong Tanglin yang berharga RM5. |
Jadi, jika hendak pergi ke Gerai Nasi Lemak Tanglin boleh masuk ke arah Tasik Perdana dan belok ke kiri apabila terjumpa lorong pertama, then apabila melepasi Polis Bukit Aman dan jumpa Taman Rama-Rama then jalan lurus sahaja. Ianya berada sedikit di atas berhadapan dengan Pusat Komuniti Klinik Kesihatan Tanglin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan