Apabila berbicara tentang Nasi Lemak Wanjo pasti ramai yang sudah
mengatahui kewujudan gerai nasi lemak ini di Kampung Baru. Ia memang
popular dan banyak review di alam maya yang mengatakan gerai ini
menyajikan nasi lemak diantara yang tersedap di Kuala Lumpur ketika ini.
Gerai Nasi Lemak Wanjo Kg. Baru. |
Begitulah hebatnya penangan nasi lemak di Gerai Wanjo ini. Gerai ini
dibuka setiap hari dari seawal pagi sehingga ke 12.00 tengahari. Gerai ini
memang sentiasa mendapat perhatian oleh wargakota terutamanya pada
mereka yang gemarkan nasi lemak panasnya.
Kuih muih juga ada dijual digerai Wanjo ini. |
Pilihan lauk pauknya tidak banyak tetapi amat menyelerakan. Selain sambal, telor rebus dan
ikan bilis gorengnya, terdapat lauk lain seperti Sambal Sotong,
Rendang Daging, Rendang Ayam, Ayam Goreng, Rendang Limpa & Limpa,
Bergedil, Tempe Goreng dan Hirisan Mentimun. Selain nasi lemak terdapat
juga pelbagai jenis kuih muih dan minuman yang menyelerakan di gerai
ini.
Antara lauk pauk Nasi Lemak Wanjo. |
Penulis hanya berserapan pagi dengan menikmati sepinggan nasi lemak berlaukkan sambal sotong sahaja.
Ianya cukup berbaloi kerana harga hanya RM5,50 sahaja. Tidak mahal dan
tidak pula terlalu murah. Aroma haruman bau daun pandannya memang
membangkit selera penulis. Tetapi, sedikit mengecewakan, sambalnya
dibuat sedikit manis dan tidak pedas. Susah penulis hendak merasai
kepedasan cili di dalam sambalnya.
Gerai Nasi Lemak wanjo. |
Pada keseluruhan Nasi lemak di Gerai Nasi Lemak Wanjo ini memang
sedap. Nasi dia memang padat dan padu. Memang sedap jika ianya di
makan begitu sahaja. Manakala lauk sambal sotong yang penulis ambil
hanyalah biasa biasa sahaja, standard sambal sotong di mana-mana gerai
makanan. Tetapi nasi lemak dia memang yang terbaik. Nasi lemaknya seketul-seketul.
Nasi Lemak Sambal Sotong Wanjo. |
Bagi yang berhajat untuk ke Gerai Wanjo, ianya terletak di Kampung
Baru dan adalah lebih mudah jika anda menggunakan Jalan Raja Abdullah
dan kemudian masuk ke Jalan Raja Muda Musa. Sekiranya anda datang dari
Jalan Raja Abdullah, gerai ini akan berada di sebelah kiri anda di
Jalan Raja Muda Musa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan