Setiap kali hari cuti, Sabtu dan Ahad, jika isteri tidak sempat memasak untuk serapan pagi, penulis akan keluar membeli beberapa bungkus nasi lemak. Walaupun ada beberapa warung nasi lemak yang berhampiran dengan kediaman penulis, tetapi gerai Nasi Lemak di Taman Watan yang menjadi tumpuan utama penulis.
Gerai nasi lemak di Taman Watan, Ampang. |
Abang tauke gerai nasi lemak ini sudah lama berniaga nasi lemak di Taman Watan ini. Seingat penulis, sebelum penulis tinggal di Ampang lagi abang ini sudah berniaga nasi lemak di sini. Penulis rasa, abang ini berniaga nasi lemak di taman ini sudah melebihi 20 tahun lamanya.
Gerai Nasi Lemak. |
Nasi lemak abang ini memang diakui sedap, panas dan segar. Apa yang istimewanya tentang nasi lemak abang ini adalah sambalnya. Terutama Sambal Sotongnya. Sambalnya tidak terlalu pedas. Ada rasa manis yang secukup rasa dan sambalnya tidak terlalu pekat.
Antara lauk pauk nasi lemak taman watan. |
Gerai Nasi Lemak ini sering mempunyai ramai pelanggan setia dan kebiasaanya nasi lemak dan lauk pauknya sentiasa kehabisan. Penulis sangat beruntung kerana sering kali tiba ke gerai ini sebelum jam 8.00 pagi dimana keadaan tidaklah begitu ramai. Ini mungkin kerana rata rata orang ramai masih belum keluar membeli belah disini.
Para pekerja di gerai nasi lemak. |
Lauk pauknya memang ada pelbagai variasi seperti Kari Ayam, Ayam Masak Sambal, Rendang Daging, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Ikan Bilis Goreng, Sambal ikan bilis, Telur Goreng Mata Kerbau, Telur Rebus, Kacang dan Sayuran Kangkung serta Hirisan Sayuran Mentimun. Walaupun tidak banyak pilihan tetapi lauk pauknya amat menyelerakan.
Sambal sotong. |
Keluarga penulis memang gemarkan nasi lemak abang ini kerana ayam rempahnya yang panas. Rempah pada ayam tersebut tidak terlalu banyak dan sesuai untuk dimakan bersama nasi lemak. Lagi satu sebab utama keluarga penulis gemarkan nasi lemak di sini kerana adanya sayur kangkung. Jarang sekali kita dapat menikmati nasi lemak bersayurkan kangkung. Selalunya hanya ada beberapa hirisan mentimun sahaja.
Kangkung yang menjadi kegemaran penulis, |
Tetapi ingin diingatkan disini bahawa citarasa keluarga penulis ini mungkin berbeza dengan citarasa anda semua. Ada kemungkinan ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan nasi lemak di sini.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan. |
Gerai abang ini kecil sahaja. Tetapi, pelanggannya memang tidak putus-putus. Abang itu gerai kata, dia akan menjual nasi lemak ini pada setiap hari dari awal pagi sehingga jam 11:00 pagi. Tetapi, jika nasi lemaknya habis awal….. sendiri mahu ingatlah katanya…hahhahahhah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan