Semalam, penulis ke Kampung Baru, Kuala Lumpur semata mata hendak
menikmati Lontong Jawa Asli di sana. Sudah lama juga penulis tidak
makan lontong asli di Kampung Baru ini. Memandangkan semalam hari
cuti, apalagi penulispun jalan jalan cari makan di Kampung Baru ini.
Medan Selera Kampung Baru. |
Di Medan Selera Kampung Baru ini memang banyak pilihan lauk pauknya.
Jika anda hendak makan lontong atau nasi lemak, anda boleh memilih
lauk pauk seperti sambal sotong, sambal kerang, rendang ayam dan
sebagainya. Penulis sendiri memang suka menikmati lontong dengan
bersambalkan kerang. Rasa lontongnya memanglah antara yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur.
Pelbagai lauk pauk untuk lontong dan nasi lemak ada. |
Lontongnya dibuat secara tradisional dan dibungkus dengan daun pisang.
Lontong asli ini disertakan dengan serunding, tempe goreng, sambal
tumis, telor rebus, pergedil serta kuah lodeh. Jika anda membeli sebungkus
lontong, anda boleh makan untuk dua orang. Rasanya memang sedap kerana penulis menikmatinya sudah bertahun tahun lamanya. Jika hendak menikmati
lontong asli ini, pastinya penulis akan ke Kampung Baru ini.
Sedang menuah kuah lodeh. |
Lontong Jawa Kampung Baru ini memang popular. Serundingnya memang tip
top manakala kuah lontongnya pula nampak berbeza sedikit dari kuah lodeh
dari negeri negeri lain di Malaysia. Apabila kuah londehnya dicampur dengan segala
macam sambal, ramuan ini akan menambahkan lagi kelazatan lontong ini.
Pelanggan sedang menikmati Lontong Kampung Baru. |
Jadi, pada sesiapa yang hendak menikmati lontong di Kampung Baru ini, silalah
datang awal kerana pelanggannya ramai. Jika anda datang lewat, pasti
lauk pauknya akan kehabisan dan tempat duduknya pula sentiasa dipenuhi
dengan pelanggannya. Sehingga penulis sendiripun agak sukar hendak mencari pakir kenderaan kerana tempat parkirnya agak terhad.
Lontong sambal kerang. |
Jika sudah datang ke Medan Selera Kampung Baru ini pastinya anda tidak akan sesat,
sebab hanya ada satu Medan Selera sahaja yang menjual lontong daun pisang asli di
sini. Di Medan Selera Kampung Baru ini ada tiga gerai yang menjual lontong asli ini. Kebanyakkan di gerai nombor satu yang menjadi tumpuan para pelanggan.
Anda boleh makan di bawah pokok di tepi jalan. Mengikut kata rakan-rakan yang tinggal di kampung Baru, peniaga ini sudah lama berniaga lontong dan lauk pauk di Medan Selera Kampung Baru ini....
Anda boleh makan di bawah pokok di tepi jalan. Mengikut kata rakan-rakan yang tinggal di kampung Baru, peniaga ini sudah lama berniaga lontong dan lauk pauk di Medan Selera Kampung Baru ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan