Minggu lalu penulis mengikuti seorang rakan sekolah yang ada urusan perniagaan di Sungai Besar, Selangor. Sebelum sampai ke distinasi yang hendak di tuju, kami sempat singgah sebentar di Pekan Sungai Nibung untuk berserapan pagi. Tanpa di duga, tuan punya warung tersebut adalah rakan sekolah kami semasa sama menuntut di SMV Kelang pada tahun 1985/86 dahulu.
Warung Nizam Imam di Pekan Sungai Nibung, Sekinchan, Selangor. |
Nama rakan sekolah kami ini ialah saudara Nizam Imam. Gelaran Imam masih kekal hingga sekarang kerana beliau sering mengimamkan kami ketika bersolat wajib lima waktu semasa kami tinggal di asrama dahulu. Lagipun beliau adalah seorang pelajar yang berlatar belakangkan berpendidikan agama kerana pernah mengaji di sekolah agama aliran arab sebelum menyambung pelajarannya di SMV Kelang.
Ngeteh dengam rakan-rakan sekolah. |
Beliau yang kini sudah berumah tangga dan mempunyai sembilan orang cahaya mata yang sudah besar dan yang kebanyakkanya adalah anak dara. Murah sungguh rezeki saudara Nizam Imam ini. Murah rezeki dengan zuriat. Hampir kesemua anak beliau membantunya berniaga di warung ini. Awal juga saudara Nizam Imam ini berumah tangga. Mungkin selepas keputusan SPM saudara Nizam Imam ini berumah tangga kot ... hehehe... Beliau berkata, sambil mengusahakan sawah padi beliau berniaga di warung ini. Sudah hampir setahun juga beliau sudah berniaga di warung ini. Pelanggan agak ramai dan pendapatannya agak lumayan katanya. Penulis dapati warung Nizam Imam ini sentiasa dipenuhi dengan pelangannya. Ini mungkin kerana ada anak dara cun yang menjadi daya penarik warung ini... hehe....
Anak dara Nizam Imam sedang menebar roti canai. |
Terlanjur sudah berjumpa dengan rakan-rakan lama, saudara Nizam Imam pun menghubungi rakan-rakan sekolah yang lain yang masih bermastautin di sekitar warungnya. Oleh itu, kami dapat berjumpa kembali dengan dengan beberapa rakan sekolah seperti Baharom, Azhari, Shahrul, Jailani dan Hamdani. Sungguh gamat suasana di warung Nizam Imam ini, kami terasa seperti berada waktu zaman persekolahan pula..... hehe...
Lontong yang tip top Nizam Imam. |
Apabila berjumpa rakan-rakan lama, penulis dapati masih ada yang tidak berubah wajahnya, ada yang bertambah tampan dan ada juga yang berbeza hampir tidak kami kenali, Begitulah putaran alam. Kita berpisah membawa haluan. Dengan izinnya kami dipertemukan dengan berbagai bagai kisah kehidupan..
Roti canai Nizam Imam. |
Sambil kami berborak kisah kenangan silam, kami sempat menikmati beberapa hidangan yang enak di warung saudara Nizam Imam ini. Antaranya nasi lemak, lontong dan roti canai. Kali ini penulis hendak berbicara mengenai roti canai di warung ini. Bagi penulis ianya cukup sedap. Memang gebu, lembut dan rangup. Ianya ditepuk dan “dikerat” kecil-kecil. Apabila di makan panas-panas dan dicecah pula dengan kuah kari, memang cukup menyelerakan.
Shahrul sedang menikmati roti canai dan teh tarik kaw. |
Manakala lontongnya pula memang sedap. Lontongnya memang tip top manakala kuahnya pula nampak berbeza sedikit dari kuah lodeh di Lembah Kelang. Apabila kuah londehnya dicampur dengan segala macam sambal seperti sambal kacang dan sambal kerang, ramuan ini menambahkan lagi kelazatan lontong ini.
Tauke Warung, Nizam Imam... |
Setelah kenyang dan berborak panjang, kamipun meminta diri untuk meneruskan perjalanan ke Sungai Besar. Sememangnya kenangan manis berserapan bersama rakan-rakan sekolah yang sudah lama tidak berjumpa memang sukar dilupakan. Jumpa lagi kawan-kawan!....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan