Minggu lalu, selepas balik dari Batu Caves, penulis singgah sebentar ke Kampung Baru untuk melepaskan rindu dengan menikmati nasi lemak yang dikatakan sangat popular di sana. Anda
semua mesti sudah familiar sangat dengan nasi lemak ini bukan? Kampung
Baru ini berhampiran dengan KLCC dan pasar Cow Kit. Satu-satunya
perkampungan Melayu yang terletak ditengah-tengah kotaraya Kuala
Lumpur ini.
Restoran Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru. |
Pada sekitar tahun 90an, Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru ini memang tidak asing lagi bagi wargakota dan
telah menarik minat ramai pelanggan dari serata dunia. Begitulah
hebatnya penangan nasi lemak antarabangsa di Kampung Baru ini.
Masih ramai penglanggan di restoran ini. |
Tetapi itu dahulu, semasa perniagaan nasi lemak masih tiada
persaingan. Kini, warung yang berniaga nasi lemak telah banyak
dibuka di sekitar Kuala Lumpur terutama di Kampung Baru ini. Kini para pengemar nasi lemak telah banyak
pilihan untuk memilih sendiri nasi lemak diantara yang tersedap di sekitar
ibukota ini.
Catatan kenangan dari pelancung luar negara yang pernah singgah dan makan nasi lemak di restoran ini. |
Apa yang istimewa nasi lemak antarabangsa di Kampung Baru ini? Sudah
tentulah mengenai nasi lemak dengan aroma daun pisangnya yang
dikatakan boleh membangkitkan selera para pelanggannya. Sungguhpun lauk
pauknya tidak banyak pilihan tetapi pilihan yang ada sungguh menyelerakan. Selain nasi
lemaknya terdapat juga makanan lain seperti behoon sup dan minuman
yang menyelerakan di restoran ini.
Pelanggan sedang memilih lauk pauk di restoran nasi lemak antarabangsa ini. |
Sebenarnya sudah lama penulis tidak berserapan di restoran ini, tetapi
memandangkan kebetulan pada hari tersebut adalah hari cuti Krimas, penulis
pun singgah. Penulis bernasib baik kerana tidak ramai pelanggan.
Dahulu, jika penulis datang ke restoran ini, kompom kena beratur
panjang. Tetapi kini sudah kurang sedikit.
Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, Kuala Lumpur. |
Selain Sambal. telur rebus dan ikan bilis goreng, anda mempunyai
pelbagai pilihan lauk seperti ayam rendang, kerang, daging, sotong,
paru, begedil, hati ayam dan telur goreng.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan. |
Selain itu servis disini juga cepat kerana anda hanya perlu memilih
lauk yang anda mahu. Penulis telah memilih nasi lemak dengan sambal
sotong dan segelas kopi O sahaja. Apabila penulis menikmati nasi lemak, lauk bersambalkan sotong memang
tidak boleh dipisahkan.. hehehe
Nasi Lemak Antarabangsa Lauk Sambal Sotong. |
Jumlah harga hidangan termasuk dengan Kopi O panas adalah RM7.60. Pada pendapat
penulis harganya agak mahal sedikit. Pada pandangan penulis nasi
lemaknya dan lauk pauknya bolehlah tahan sedapnya. Tetapi, maaflah
jika hendak dibandingkan dengan Nasi Lemak Wanjo, Nasi Lemak Wanjo
lagi sedap. Hanya sambalnya sahaja lebih kurang sama kerana rasanya manis
dan tidak pedas.
Pintu Gerbang Kampung Baru yang menuju ke Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ini. |
Untuk mencari parkir kenderaan di sini memang agak sukar, maklumlah tempat
parkirnya adalah terhad. Manakala ruang makannya juga tidak
terlalu besar dan sekiranya di waktu puncak mungkin bersesak sedikit.
Sebab itu penulis lebih suka beli bungkus dan makan sahaja di rumah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan