Dari jauh dapat dilihat sebuah warung kecil berwarna merah menarik
perhatian sesiapa sahaja yang lalu lalang di situ. Terletak
bersebelahan dengan Pasaraya Giant Batu Caves, terdengar suara dengan
loghat Kelantan memanggil-manggil pelanggan singgah ke warungnya.
Warung The Red Warriors. |
Dibina berhadapan sebuah kawasan taman perumahan, warung Selera Kelate Kita
yang sentiasa penuh dengan pelanggan, apatah lagi lokasinya strategik
diteduhi pula oleh pohon mata kucing yang menenangkan pengunjung yang datang untuk menikmati minum petang.
Atau... Warung Selera Kelate. |
“Guu tera dulu, sedak royak dekak guu, tok sedak senyak sudoh” adalah
trademark yang tertulis di warung ini. Ia bermaksud kepada pengunjung
supaya mencuba dahulu makanan yang terdapat di sini dan jika
makanannya enak, bolehlah dihebahkan kepada orang ramai.
Trademark Warung The Red Warriors. |
Warung ini mula beroperasi 10 tahun lalu. Dahulu, tuan punya warung
ini hanya menjual goreng pisang sahaja. Kini, lebih 10 hidangan
disediakan dan kesemuanya berasaskan makanan Kelatan.
Tauke warung sedang mengoreng pisang. |
Bagi mereka yang tidak pernah merasai keenakan ubi goreng, warung
ini adalah tempat terbaik untuk mencubanya. Kuihnya yang tidak terlalu
berminyak amat sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya hidup sihat.
Antara kuih muih Kelate yang dijual di sini. |
Antara rahsia keenakan kuih goreng yang terdapat di warung ialah
tepungnya. Kita biasanya menggunakan tepung segera atau gandum untuk
mengoreng pisang atau keledek. Tetapi bagi warung ini, mereka menggunakan tepung beras dalam masakanya kerana lebih rangup dan
sedap.
JJCM TV3 pun pernah singgah di sini. |
Kuih lompat tikam yang limpahi santan dan manisan gula merah, dibawa
khas dari Kelantan yang menjadi tarikan utama warung ini. Terdapat juga
kuih muih lain seperti cekmek molek, keropok lekor, pisang goreng,
keledek goreng, jemput pisang, cucur udang, kuih buah melaka dan
manisan seperti bubur sagu dan pulut hitam. Selain menghidangkan kuih
muih, warung ini turut menyediakan makanan lain seperti nasi lemak dan Laksam.
Buburpun ada. |
Kesemua makanan di kedai ini dibungkus dalam plastik. Sekiranya pengunjung hendak menjamu selera di situ, pinggan akan disediakan.
Koleksi foto dan keratan akhbar mengenai pemain bolasepak Kelantan yang dipamerkan. |
Harga makanan juga sangat berpatutan. Makanan seperti goreng pisang,
jemput pisang dan keropok lekor dijual RM1 lima biji, ubi goreng RM1
semangkuk. cekmek molek pula dijual RM1 tiga biji. Manakala makanan
berbungkus seperti lompat tikam, laksam, cucur udang, kuih buah melaka
dan bubur RM2 sebungkus.
Nasi Dangang bungkus. |
Apa yang paling istemewa ialah air nira kelapa atau lebih dikenali
sebagai air tuak dalam kelangan orang Kelantan dijual RM2.50 sebotol.
Warung ini juga menyediakan ABC untuk pengunjung yang ingin menikmati
bersama pisang goreng.
Pengunjung sedang menkamu selera. |
Untuk mengekalkan keaslian rasa makanan Kelantan ini, bahan-bahan
seperti tapai ubi dan gula merah serta minuman air botol kesemuanya
dibeli daripada pembekal yang datang dari Kelantan.
Kebanyakkan pelanggan warung ini merupakan orang Kelantan.
Warung ini
juga menjadi tempat persinggahn penyokong bola sepak Kelantan yang
datang ke Kuala Lumpur untuk menonton Perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan