Di Lembah Kelang memang banyak gerai atau restoran yang menyediakan menu masakan
ikan bakar. Ikan bakar yang popular seperti di Medan Selera di Jalan
Bellamy memang sering menjadi tumpuan orang ramai.
Pelanggan sanggup berbaris panjang menunggu giliran ikan bakar di bawah mentari panas terik. |
Minggu lepas penulis ada mesyuarat di Kuala Lumpur. Tiba-tiba penulis
teringatkan ikan bakar. Penulis bercadang-cadang hendak makan ikan bakar di
gerai Jalan Bellamy, tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana di sana agak sesak dengan orang ramai. Tambah-tambah lagi jika di waktu puncak. Oleh itu,
penulispun ke gerai ikan bakar Pak Din di Medan Selera Tanglin. Rupa-rupanya di Medan Selera Tanglin pun sama juga, bersesak dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati makan tengahari dengan ikan bakar.
Ikan sedang di bakar. |
Ramai yang kata Ikan Bakar Pak Din ini agak terkenal di sekitar Lembah Kelang, walaupun ianya tidak setaraf dengan hotel 5 bintang, tetapi para pelanggannya ada yang datang dari jauh seperti dari Seremban dan Petaling Jaya untuk makan tengahari disini!. Jadi, pada
sesiapa yang teringin sangat hendak menikmati ikan bakarnya bolehlah berkunjung ke
Medan Selera Tanglin, carilah Gerai Ikan Bakar Pak Din, gerai yang
paling ramai pelanggan itu lah gerai makan dia.
Ambil nasi dan pilihan lauk lain di gerai ini. |
Gerai Ikan Bakar Pak Din ini sempoi sahaja, tetapi yang penting ikan
bakarnya dia memang tip top, cuma pilihan ikan bakar dan kuah cecahnya tidak banyak
seperti di Jalan Bellamy. Tetapi yang paling penting ikan, udang dan
sotong mesti ada. Pelbagai jenis ikan ada di bakar disini untuk pilihan
anda. Yang pasti kuah cecah asamnya memang sedap. Selepas anda makan mesti bau
kuah asamnya masih melekat di tangan anda. Apa yang paling penting
ikannya masih segar dan sedap dengan harga yang berpatutan.
Antara ikan yang sedang dibakar. |
Medan selera ini terletak berhadapan dengan Pusat Kesihatan Tanglin,
tidak jauh dari Masjid Negara dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Keenakan ikan bakar Pak
Din ini disebabkan penggunaan bara arang yang kini agak sukar ditemui. Kini, kebanyakan gerai atau restoran membakar ikan di atas “Flat Steel
Plate”. Dengan membakar ikan, udang atau sotong di atas bara arang, membuatkan aroma makanan yang sedang dibakar boleh membangkitkan selera pelanggan.
Air minuman. Jika hendak cepat sila ambil tidak perlu minta pesanan. |
Bagi penulis, itu last resort jika teringin sangat hendak menikmati kelazatan ikan
bakar. Terdapat beberapa jenis ikan di gerai Pak Din ini seperti ikan
Kembong, Terubuk, Cencaru, Keli, Sotong dan Udang. Kuah cecah asamnya juga
boleh tahan sedapnya.
Tempat duduk bawah khemahpun penuh dengan pelanggan. |
Tetapi ada juga pelanggan yang komplen kerana kuah asamnya terasa
masam sangat. Maklumlah, bukan mudah hendak memuaskankan hati semua pelanggan. Citarasa para pelanggan adalah berlainan, Masing-masing ada citarasa sendiri. Mesti ada seorang dua pelanggan yang tidak sukakan rasa masamnya. Tetapi secara peribadi, penulis sangat suka dengan kuah cecah asamnya dan bertambah sedap lagi jika dilebihkan sedikit rasa kepedasan cili di dalam kuah asamnya.
Ikan Keli dan sotong bakar dengan sirami kuah asam. |
Dari segi layanan pula, pujian harus diberi pada Pak Din dimana beliau
sendiri secara aktif melibatkan diri dalam memastikan kelancaran
perniagaan makanan ikan bakarnya. Di gerai ini memang tidak sunyi
dengan suara Pak Din yang sentiasa menarik perhatian pengunjung ke
sini.
Sedang menikmati ikan bakar terubuk Tanglin. |
Pada keseluruhannya penulis sangat berpuas hati menikmati ikan bakar di
sini. Sambal cicah ikan bakar di sini memang terbaik untuk penulis. Kombinasi pencicah dan ikan bakar disini
memang mantap dan terbaik. Bagi mendapatkan rasa yang terbaik, anda boleh meminta menambah sos pencicah dicurah terus ke ikan bakar anda. Anda juga boleh meminta
ikan anda dibakar semula jika ikan tersebut sudah sejuk atau masih belum masak
sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan