Entry kali ini penulis hendak berkongsi pengalaman tentang aktiviti dihujung minggu kelmarin, agak kepenatan juga kerana telah meredah lautan manusia dan kepanasan mentari.
|
Shopping sakan nampak? |
|
Gerai HotLink. |
Rasanya sudah beberapa kali karnival ini sudah diadakan tetapi inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Walaupun penulis gemar berjalan, karnival Jom Heboh bukanlah dalam senarai tempat yang ingin dikunjungi. Kunjungan penulis ke sana pun secara kebetulan sahaja kerana dalam perjalanan pulang dari berbengkel buku teks di hotel Seri Petaling. Hotel ini berdekatan dengan tapak Karnival Jom Heboh ini.
|
Kepenatan selepas membeli belah. |
|
Meriah dengan hasil belian masing-masing. |
Semasa penulis berada di pintu masuk karnival, penulis dapati sudah ramai pengunjung yang datang berpusu-pusu sejak dari awal pagi lagi. Sehingga parkir di stadium yang amat luaspun sudah hampir dipenuhi dengan kenderaan pengunjung. Jenuh juga penulis hendak menapak dari parkir ke tapak Karnival ini. Agak meletihan kerana agak jauh juga jaraknya. Tetapi tidak mengapalah, boleh juga mengeluarkan peluh dan membakar lemak yang sudah banyak terkumpul di dalam badan penulis ini.
|
Berehat di bawah panas terik sinar mentari. |
|
Pengunjung semakin ramai walaupun cuaca semakin panas. |
Semasa penulis berada di tengah-tengah tapak karnival, betapa ramainya manusia sedang berkumpul terutama di tempat adanya siaran langsung program Melodi. Begitu juga di tempat siaran langsung Buletin Tengahari TV3. Pengunjung tidak berganjak apabila hendak melihat salebriti TV3 malah semakin ramai dan bersesak-sesak walaupun di bawah cuaca yang panas gila.
|
Lelongan jam tangan dua pasang RM15. |
|
Makanan seperti ini agak mahal di Jom Heboh. |
Terdapat pelbagai jenis promosi oleh beberapa jenama terkemuka seperti Lady’s Choice, ayam A1, Mamee, Brands, Mister Potato, Silver Bird, Mummy Poko, Hotlink dan beberapa lagi. Bukan itu sahaja, peniaga kecil juga tidak melepaskan peluang memasarkan produk mereka.
|
Gerai anak patung yang besar-besar juga jadi tumpuan. |
|
Lautan manusia di Karnival Jom Heboh. |
Di Karnival ini, anda boleh membeli belah barangan dengan harga yang agak murah. Contohnya, seperti Sabun Boom yang berharga RM15 sekotak jika berada dipasaran. Tetapi jika anda membeli sabun tersebut di sini, berserta dengan beg promosi yang comel dengan harga hanya RM10 sahaja. Begitu juga dengan produk makanan-makanan yang lain.
|
Shopping-shopping juga kebersihan perlu dijaga. |
|
Gerai beg yang berwarna warni. |
Bayangkan, penulis boleh dapatkan air kotak yang berjenama dalam 3 beg dengan harga RM10 sahaja. Begitu juga dengan produk makanan yang lain, jangan cakaplah, memang murah gila. Tetapi penulis kena juga berwaspada. Jika satu beg sudah berharga RM10, cuba anda bayangkan jika penulis membeli berbeg-beg, memang akan menghancurkan bajet penulis haha..
|
Gerai kasut dan selipar yang beranika corak dan warna. |
|
Gerai handpone Samsung menjadi tumpuan ramai. |
Pada mulanya penulis hanya merancang untuk jalan-jalan sambil mengambil gambar dan mencuci mata melihat awek-awek seksi di karnival ini sahaja. Tetapi, terpaksa membeli juga beberapa beg yang berisi beberapa botol/kotak minuman dan makanan segera akibat tergoda dengan pujuk rayu dari jurujual yang comel-comel lagi seksi itu... hehehe....
|
Meriah dengan hasil shopping. |
|
Penuh sesak dengan pengunjung. |
Pada kaum ibu yang suka bershopping memang sangat teruja apabila melihat pelbagai corak dan fesyen pakaian terkini seperti baju-bajunya yang cantik-cantik dengan harga yang tip top. Pelbagai design, fesyen dan pilihan ada. Memang boleh rambang mata dibuatnya. Tetapi, penulis sendiripun tidak dapat menghabiskan melawat kesemua gerai kerana sudah penat dan ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas terik.
|
Beratur hendak makan maggi percuma. |
|
Sungguh nikmat apabila menikmati aiskrim didalam cuaca panas terik. |
Yang ada anak-anak kecil sudah tentu seronok apabila singgah di sini. Ada banyak makanan, permainan dan pakaian untuk kanak-kanak terjual di sini. Lagipun penulis sangat respect dengan ketabahan keluarga yang membawa dan menjaga anak-anak kecil ini. Jika anda orang yang tidak tabah, jenuhlah menjaga dan mengejar anak-anak mereka yang berlari ke sana ke mari. Jika terlalai kemungkinan besar budak-budak ini boleh hilang ditengah-tengah lautan manusia yang sangat ramai. Maybe, anda boleh menjadi haru biru jadinya.
|
Gerai seperti produk dari Nestle memanga menjadi tumpuan orang ramai kerana dapat minuman percuma.. |
|
Lepas melawat gerai ni.... penulis pun balik. |
Semasa penulis hendak on the way hendak pulang, sempat juga penulis snap gambar pengunjung yang semakin ramai datang walaupun cuaca agak panas pada masa itu. Penulis hanya satu jam sahaja berada di karnival ini. Lagipun penulis terpaksa balik awal kerana takut RM akan mencurah lagi hehehe. Ramai sangat promoter yang sedang mengoda pelanggan tu. Penulis kena mengelak dari mereka untuk selamatkan duit dalam poket dulu.... hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan