Pada akhir tahun 80an dahulu, hampir setiap hari penulis menaiki bas dari rumah ke tempat kerja di Muzium Negara. Maka setiap harilah penulis berada di perhentian bas di hadapan Kompleks Kotaraya. Sementara menanti bas tiba, penulis membeli nasi lemak yang gerainya terletak di bawah tangga jambatan Kompleks Kotaraya.
Gerai Nasi Lemak Kampung Melayu Ampang. |
Pakcik ini berniaga nasi lemak di bawah tangga yang berhampiran dengan Kompleks Kotaraya. Orang ramai terutama yang sedang menunggu bas (bas Sri Jaya dan bas Mini) adalah pelanggan utama yang membeli nasi lemak di gerai pakcik ini. Gerai pakcik ini menjadi tumpuan orang ramai kerana nasi lemaknya yang banyak dan lauk pauknya yang sedap dengan harga yang agak murah ketika itu.
Gerai ini dibuka setiap hari. Dari pagi hingga ke malam. |
Tetapi, apabila berlakunya perubahan kemajuan di bandaraya Kuala Lumpur pada sekitar tahun 90an, gerai pakcik ini pun menghilang begitu sahaja. Semenjak itu penulis hanya membeli dan makan nasi lemak di kantin Muzium Negara sahaja. Beberapa bulan selepas itu, penulis tidak lagi menaiki bas kerana sudah memiliki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Ramai pelanggan disebelah pagi. |
Rupa-rupanya, gerai ini masih berniaga sehingga kini. Gerai ini terletak di persimpangan lampu isyarat di Kampung Melayu Ampang iaitu berhadapan dengan bangunan Wisma Saudagar, Public Bank dan LRT Ampang. Secara kebetulan pula, hampir setiap hari penulis akan melalui jalan ini untuk ke tempat kerja.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan. Lauk seperti ini hanya disebelah pagi sahaja. |
Gerai nasi lemak 70an International ini dibuka setiap hari dari pagi hingga ke malam. Penulis juga ada sekali sekala membeli nasi lemak di gerai ini. Terutama pada hari cuti iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi, baharu sahaja penulis mendapat tahu bahawa Gerai Nasi Lemak 70an International ini adalah warisan pakcik yang berniaga nasi lemak di bawah tangga jambatan Kompleks Kotaraya suatu ketika dahulu.
Sebelah petang, gerai ini hanya menyediakan lauk ayam goreng dan sambal sotong sahaja. |
Nasi lemak di gerai ini sangat istimewa terutama aroma ayam goreng berempahnya boleh membangkitkan selera penulis. Jika disebelah pagi, lauk pauknya memang ada pelbagai variasi seperti Kari Ayam, Rendang Ayam, Sambal Sotong, Rendang Kerang, ikan bilis Goreng, Sambal ikan bilis, Telor Goreng Mata Kerbau, Telor Rebus dan Hirisan Sayuran Mentimun. Walaupun tidak banyak pilihan tetapi lauk pauknya amat menyelerakan
Nasi lemak Sambal Sotong berharga rm4.50. |
Tetapi disebelah petang hingga ke malam, gerai ini tiada extra lauk lain, So specialties nya hanyalah Ayam Goreng dan Sambal Sotong sahaja. Ayam Gorengnya memang sangat menggoda, garing dan besar. Rempah pada ayam tersebut tidak terlalu banyak dan sesuai untuk dimakan bersama nasi lemak. Tapi ingin diingatkan disini bahawa citarasa penulis mungkin berbeza dengan anda semua. Kerana, ada yang mengatakan ayam gorengnya biasa-biasa sahaja.
Nasi Lemak Ayam Rendang rm5.00. |
Kepada pelanggan yang gemar makan nasi lemak dengan bersambalkan pedas, minta maaflah. Sambal disini dibuat memang tidak pedas. Mungkin perkataan “international” itu yang membuatkan mereka maintain sambalnya tidak pedas. Mungkin ada permintaan dari pelanggan-pelanggan mereka. Pelanggan mereka adalah 1 Malaysia dan ada juga dari kalangan pelanggan mereka adalah pelancung asing. Maklumlah pelancung asing terutamanya dari negara barat memang tidak suka dengan masakan pedas.
Nasi Lemak Kerang Rendang rm3.50. |
Walaupunbagaimapu, penulis tetap puji gerai nasi lemak ini kerana quality control nya sangat superb. Walaupun sudah lama berniaga, dari turun temurun dari ibu bapa sehingalah ke anak cucunya tetapi rasa nasi dan lauk-pauknya masih tetap sama seperti di bawah tangga di jambatan Kompleks Kotaraya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan