Sejak kebelakangan ini penulis suka sangat makan keropok lekor. Setiap kali penulis pergi pasar ke malam, pastinya penulis akan membeli beberapa bungkus Keropok Lekor. Baru-baru ini penulis ada terbaca salah satu blog rakan blogger yang menulis mengenai ada sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis Keropok Lekor di Kampung Datuk Keramat. Penulis pun terjah ke sana.
Kedai Keropok Lekor di Datuk Keramat. |
Apabila sebut sahaja tentang Keropok Lekor, kita akan terbayangkan pembuatan Keropok Lekor di perkampungan Losong di Kuala Terengganu. Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan Keropok Lekornya. Manakala pasaran Keropok Lekor yang terbesar adalah di Kuala Lumpur.
Keropok Lekor basah. |
Kebanyakan pengemar Keropok Lekor adalah dari kalangan orang-orang Melayu dan di Datuk Keramat adalah antara Perkampungan Melayu terbesar di Lembah Kelang. Ada seorang usahawan telah membuka sebuah kedai khas untuk menjual Keropok Lekor sahaja. Kedai Keropok Lekor ini terletak di hadapan Masjid Al-Akram di Kampung Datuk Keramat.
Kuanter kedai keropok. |
Pada mulanya mereka menggunakan singkatan nama taukenya iaitu ANM tetapi sekarang telah melakukan penjenamaan semula kepada Keramat Lekor Sdn Bhd. Berbagai jenis keropok dijual di sini dari Keropok Lekor basah kepada Keropok Lekor kering. Semuanya dibawa khas dari Terengganu.
Poster di dinding kedai keropok. |
Keramat Lekor Sdn Bhd menggunakan business model seperti Pizza Hut dan McD iaitu selain menjual di premisnya mereka juga menyediakan khidmat penghantaran. Antara pelanggan mereka ialah peniaga pasar malam dan kantin sekolah.
Penulis hanya beli dua bungkus keropok kering dan sebungkus keropok nipis, |
Selain menggunakan lori, mereka menggunakan motosikal untuk pergerakan yang lebih pantas dan tangkas di dalam mengatasi masalah kesesakan jalanraya. Semasa penulis ke kedai ini, motosikal yang ada peti simpanan sudah keluar menghantar stok keropok.
Keropok Lekor yang telah digoreng. |
Penulis hanya membeli dua bungkus keropok kering berharga RM11 dan sebungkus keropok nipis yang ada 70 keping berharga RM6. Isteri dengan rajinnya telah mengoreng keropok tersebut. Banyak juga penulis makan sambil menonton tv malam tadi.
3 ulasan:
Kenapa takde nombor fonnya tuan?
Owh dah nampak dah nombir fonnya. Terima kasih Tuan buat entri ni
https://www.facebook.com/keropok.lekor.75491
lokasi:keramat au2b(rujuk peta dlm page fb)
buka:ahad-jumaat
tutup:sabtu
masa 3pm-12am
0199551296
Catat Ulasan