Kadang kala penulis pergi kerja melalui Lebuh Raya Pandan Indah. Apabila sampai sahaja di bangunan bank CIMB, penulis akan singgah ke satu gerai di tepi jalan untuk membeli nasi lemak. Sebut sahaja gerai nasi lemak di hadapan bangunan bank CIMB, pastinya penduduk 1 Malaysia di sekitar Pandan Indah sudah mengatahui kewujudan gerai nasi lemak popular ini.
Gerai nasi lemak di tepi jalan Pandan Indah. |
Nasi lemak di gerai ini memang diakui sedap, panas dan segar. Walaupun lauk-pauknya tidak banyak pilihan tetapi sungguh menyelerakan. Apa yang istimewanya tentang nasi lemak di gerai ini adalah sambalnya. Terutama Sambal Sotong dan Sambal Kerangnya. Sambalnya tidak terlalu pedas. Ada rasa manis yang secukup rasa dan sambalnya tidak terlalu pekat. Tetapi yang uniknya mengenai gerai ini ialah pelanggannya kena layan diri 100% .
Gerai nasi lemak terletak di hadapan bank CIMB. |
Tuan punya gerai hanya berkerja seorang diri sahaja. Tiada pembantu. Dialah tauke dan dialah kuli. Jadi, para pelangganlah yang membantunya. Kerja kakak tuan punya gerai ini hanya mengira kiraan harga, mengambil duit dan memulangkan baki duit kepada pelanggannya sahaja. Jika ada pelanggan yang meminta atau memerlukan perkidmatannya, alamat berjanggutlah pelanggan tersebut menunggu. Servis nya agak lambatlah!
Tuan punya gerai sedang melayan tetamu. |
Sebenarnya kakak tuan punya gerai nasi lemak ini tidak memaksa pelanggan buat sendiri atau layan diri. Tetapi kebanyakkan pelanggan seperti sudah tidak sabar menunggu. Maka, pelanggan dengan rela hati mengambil kertas pembungkus dan mencedok nasi sendiri. Setelah selesai memilih lauk pauk, pelanggan kena tunjuk pula kepada tuan punya gerai untuk kiraan harganya pula. Kakak tuan punya gerai hanya membungkus dan memasukkan ke dalam beg plastik sahaja.
Antara lauk pauk nasi lemak yang menyelerakan. |
Ada baik dan buruknya untuk sistem yang digunakan ini. Baik untuk tuan punya gerai ialah boleh berjimat cermat. Kakak tuan punya gerai tidak perlu mencari pekerja untuk membayar gaji. Manakala baik untuk pelanggan pula ialah mereka dapat personalise apa yang hendak dimakan. Kebanyakkan regular customer di gerai ini kelihatan sangat gembira kerana dapat mencedok nasi dan mengambil lauk pauk sesuka hati seperti di dapur rumah mereka sendiri!
Nampaknya pelanggan kena layan diri sendiri. |
Manakala yang buruknya pula, dalam situasi kelam kabut sebegini, mungkin ada pelanggan yang mengambil kesempatan untuk makan free! (Mengelat bayarlah tu!) Dan bagi yang pelanggan baharu, suasana sebegini agak merimaskan! Terutama pada pekerja yang bertaraf executive yang sedang memakai pakaian blazer atau koporat dan terpaksa pula menceduk nasi lemak dan memilih lauk sendiri... hehehe...
Nasi lemaknya memang panas, segar dan sedap. |
Anyway, gerai nasi lemak ini sudah well established berbanding semasa kakak ini baharu membuka gerainya dahulu. Penulis masih ingat, apabila nasi lemak sudah kehabisan, kakak ini akan mengangkut bakul nasi lemak yang baharu dengan menggunakan basikal tuanya sahaja. Tetapi itu dahulu, kini penulis ternampak ada sebuah kereta Wira Eeroback baharu berwarna hitam di sebelah gerainya. Katanya, dia membeli kereta tersebut dari hasil jualan nasi lemak ini sahaja... perghhhh
4 ulasan:
Kakak ni dh kembali ke rahmatullah
Gerai nasi lemak ni pon dh x beroperasi..mak nye ye masak lauk pauk n semua hidangan dh uzur
Kakak ni dh kembali ke rahmatullah
Gerai nasi lemak ni pon dh x beroperasi..mak nye ye masak lauk pauk n semua hidangan dh uzur
Dulu sy baik dgn arwah..suka gurau gaduh2..sy bercadang nk cuba berniaga nasi lemak kt situ..nk hidup kan balik suasana n nostalgia...
Dulu sy baik dgn arwah..suka gurau gaduh2..sy bercadang nk cuba berniaga nasi lemak kt situ..nk hidup kan balik suasana n nostalgia...
Catat Ulasan